Siakap Keli

Pelajar Ini Berdiri 4 Jam Di Stesen Keretapi Untuk Meminta Kerja Selepas Beratus Permohonan Tak Dibalas

Seorang pelajar yang telah memohon hampir 100 pekerjaan dalam talian telah bertindak di luar jangkaan dengan menghabiskan masa selama 4 jam di stesen keretapi yang sibuk selepas kesemua permohonanannya tak dibalas.

Kamran Hussain, 21, dari Walthamstow, memutuskan untuk berbuat demikian selepas tidak mendapat sebarang berita daripada beratus firma yang telah dipohon melalui internet.

Pada hari Selasa lalu, Kamran yang merupakan pelajar perakaunan dan kewangan bangun seawal 5.30 pagi mencetak lebih 35 salinan resume dan berdiri di satu sudut bahagian di stesen keretapi Liverpool di London dengan memegang sehelai kertas yang tertera “sedang mencari pekerjaan sebagai Akauntan, sila minta resume.”

Selepas 4 jam berdiri di stesen keretapi itu, resume yang dicetak itu hanya berbaki 4 salinan.

Keesokkan harinya Kamran dipanggil untuk ditemuduga dan kini telah bersedia untuk memulakan peranan barunya sebagai eksekutif transaksi untuk sebuah firma pemasaran pada Rabu ini.

Pelajar berusia 21 tahun itu berkata, “tindakan itu tidak sia-sia.  Ia hampir membuatkan saya menangis.”

“Ini pengalaman terbaik dalam hidup saya, syarikat itu telah memberikan saya peluang serta rehat selepas berdiri hampir 4 jam dan saya hanya mampu bersyukur.”

“Saya memutuskan untuk bertindak sedemikan kerana merasakan, jika ingin mendapatkan sesuatu saya perlu menyerahkan sendiri resume itu kepada mereka yang betul-betul berminat.”

“Saya bangun pukul 5.30 pagi untuk sampai ke sana lebih awal dan berdiri di luar stesen kereta api Liverpool Street dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi, kemudian berpindah ke Cannon Street selama dua jam selepas makan tengahari.”

“Sesetengah orang tidak berminat dan akan berjalan melangkah terburu-buru, tetapi yang lain berhenti untuk mengambil salinan atau berbual dengan saya.”

“Saya mempunyai 35 salinan resume dan pulang ke rumah malam itu dengan hanya empat.”

Kamran menambah, “pada masa kini anda perlu melakukan sesuatu yang membuatkan anda menonjol.”

“Anda harus berfikir di luar kotak kerana perekrut akan mendapat antara 80 dan 100 permohonan untuk setiap kekosongan.”

“Saya 110% mengesyorkan sesiapa yang baru menamatkan pembelajaran di universiti dan mungkin menerima gred yang rendah kerana mereka mengalami kesukaran, atau apa pun sebabnya, cuba ini.”

“Cuba sesuatu yang inovatif.”

Sumber: DailyMail

Nur Farra