Siakap Keli

Selebriti Hollywood Terkenal, Blake Lively Dedah Rahsia Kecantikan Rambutnya Lembut Dengan Mayonis

Semua tahu, rambut merupakan aset dan simbol kebanggaan setiap wanita.  Walaupun bertudung namun rambut masih merupakan faktor penting bagi penampilan wanita yang sempurna.

Setiap wanita mengidamkan rambut yang sihat dan bersinar.  Antara delima para wanita ni untuk mencari syampu yang menghasilkan kesan baik pada rambut.

Selebriti terkenal Hollywood, Blake Lively yang terkenal dengan drama bersiri Gossip Girl berkongsi rahsia rambut cantik yang sentiasa diamalkan sejak dari kecil.

Jangan terkejut dengan rahsia ni ya?

Blake Lively memberitahu media bahawa rahsia rambut lembut dan bersinar yang dimiliki adalah daripada amalan menyapunya dengan mayonis.  Betul, mayonis yang selalu kita calit dalam sandwich tu.

“Ibu saya mengajar saya tip kecantikan yang sangat hebat.  Dia akan menggunakan minyak atau mayonis dibahagian bawah rambut sebelum dia mandi.”

“Dengan cara itu, apabila dia syampu, sabun/buih tidak akan mengenai bahagian bawah rambut yang akan membuatkan rambut kering, bercabang dan rapuh.”

Bagi yang mencuba rahsia kecantikan selebriti cantik ini, kami sediakan langkah-langkahnya seperti dibawah:

  1. Basuh rambut seperti biasa
  2. Kemudia sapu mayonis dibahagian bawah rambut
  3. Biarkan seketika (15minit)
  4. Bilas rambut dengan syampu dan anda pasti terkejut dengan hasilnya

Sebuah portal nutrisi turut menjelaskan bahawa bahan yang terkandung didalam mayonis itu sememangnya bagus untuk rambut kerana mempunyai jus lemon, cuka, minyak soya, fatty acid dan vitamin.

Sumber: Cosmopolitan UK

Nur Farra