Siakap Keli

Sepatutnya Dibantu, Bukan Bagi Cadangan Busuk Tutup Tahfiz – Dato Kazim Elias

Baru-baru ini heboh apabila bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar menutup semua sekolah tahfiz yang didakwanya tidak memberi masa depan kepada generasi baru umat Islam.

Susulan itu timbul pelbagai reaksi yang diterima. Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias melalui laman facebooknya tampil membidas kenyataan tersebut. Menekankan bahawa pelajar di pusat tahfiz juga mempunyai masa depan dengan memberi contoh golongan profesional yang berjaya termasuklah dirinya.

Tegas beliau, pusat tahfiz bukan sepatutnya ditutup malah patut dibantu. Ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini.

Saya masuk Maahad Tahfiz pd tahun 1991… bersama 20 yang lain.. dah lebih 27 tahun berlalu.. daripada 20 orang itu 2 orang sahabat sudah meninggal..

Ada yang menjadi Penolong Pengarah, ada yang menjadi korporat, ada yang menjadi Wakil Rakyat, ada seorang menjadi pegawai di Jabatan Mufti, 5 orang menjadi guru di sekolah kerajaan, ada yang menjadi Pengetua Maahad Tahfiz, ada yang menjadi doktor, seorang menjadi pengamal perubatan Islam, seorang menjadi pensyarah universiti dan 3 orang menjadi pemilik syarikat pelancongan.. lagi seorang menjadi saya…

Bab masa depan, bab kerjaya ni rezeki daripada Allah atas usaha masing-masing.. sebab ada yang kata budak Tahfiz takda masa depan.. rezeki di tangan Allah.. tak payah la susah hati, kamu jaga Allah maka Allah jaga kamu…

Takda pulak kami hisap dadah ke apa ke.. Tahfiz bertujuan melahirkan insan yang berpegang kepada agama, mengamalkan Al Quran, mencari keberkatan malah membantu menjimatkan perbelanjaan sesebuah negara apabila melahirkan insan yang berguna kepada agama dan tanah air..

Ada ke patut ada org bagi cadangan supaya tutup Tahfiz …. sepatutnya makin dibantu bukan ditutup.. Patut la seminggu dua ni hati tak berapa seronok rupanya nak keluar cadangan busuk rupanya…

Sumber : Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.