Siakap Keli

Terkini: 17 Hari Terperangkap, Kesemua Mangsa Dalam Gua Thailand Selamat Dikeluarkan

Thailand, 10 Julai – Penyelam di utara Thailand berjaya mengeluarkan kesemua 13 mangsa yang terperangkap di dalam gua berjaya dikeluarkan selepas 17 hari mereka semua terperangkap di dalam gua terbabit.

Kes terbabit  mencuri tumpuan dunia sehingga mengumpulkan para penyelam terkemuka dari serata dunia yang berusaha keras menyelamatkan kesemua mangsa.

Lapan mangsa pertama yang diselamatkan, pada Ahad dan Isnin, dikatakan dalam kondisi yang baik, fizikal mahupun mental.

Seorang penyelam, Saman Gunan, meninggal pada Jumaat selepas lemas akibat kehabisan oksigen ketika operasi menyelamat.

Sumber: BBC

salor30

Programmer. Musician. #YOLO