Siakap Keli

(Video) Resepi Pemanis Mulut Paling Cepat Nak Buat, Tart Strawberi Tanpa Bakar Untuk Dicuba

Kek coklat strawberi tanpa perlu dibakar ini merupakan pemanis mulut paling sempurna untuk dihidangkan kepada tetamu.  Selain memerlukan masa yang singkat untuk menghasilkannya, ia juga tidak perlu dibakar seperti kek-kek yang lain.

Rasanya tak perlu disangkal, semestinya sedap sehingga menjilat jari.  Permukaannya dihasilkan daripada biskut oreo dan lelehan coklat diatas itu membuatkan ia satu kombinasi makanan pemanis mulut yang baik ditambah pula hirisan strawberi diatasnya.

Untuk anda yang menerima tetamu secara ‘last minute’ boleh cuba menu ini untuk dihidangkan.  Tak lama pun nak buat, 15 minit sahaja masa yang diperlukan dan jangan risau, tanpa oven tanpa pembakar, boleh siap.  Yang penting sedap.  Jom cuba.

Bahan:

Crust

  • 32 (330g) Oreo
  • 1/2 cawan (110g) mentega, dicairkan

Chocolate Filling

  • 7 oz (200g) coklat susu
  • 3.5 oz (100g) coklat pahit manis
  • 7 oz (200 ml) heavy cream

Topping

  • 10 oz (300g) strawberi segar
  • kacang dicincang (badam, pistachios, dan lain-lain), pilihan

Cara penyediaan:

  • Kisar Oreo sehingga lumat. Tambah mentega cair dan kisar lagi. Pastikan ianya sama rata dan lembab.
  • Tuang adunan Oreo dan mentega ke dalam pan tart 5×14 inci segi empat tepat (12 x 36 cm).
  • Sejukkan sehingga anda siap menyediakan filling.
  • Dalam periuk kecil, letakkan heavy cream dengan api yang sederhana rendah untuk beberapa minit untuk menjadi panas.
  • Masukkan coklat cincang dan biarkan selama 1-2 minit. Kacau sehingga semuanya sama rata.
  • Tuang coklat ke dalam crust Oreo, tambahkan strawberi segar di atasnya.
  • Letakkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

Sumber: Home Cooking Adventure

Nur Farra