Siakap Keli

(Video) Tersentuh Tengok Ibu Panda Derita 3 Hari Sakit ‘Contraction’ Sebelum Lahirkan Anak

Mana-mana ibu akan memberitahu bahawa melahirkan adalah proses yang panjang dan menyakitkan walaupun ia merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu semua orang semata-mata untuk satu nyawa. Namun, semakin lama lagi proses kelahiran itu, semakin berat sakit yang ditanggung.

Video dibawah ini menunjukkan seekor Panda yang diberi nama MinMin terpaksa menahan sakit selama 3 hari sebelum dapat melahirkan anaknya.  Jelas menunjukkan MinMin melalui saat-saat yang sukar kerana bergelut dengan kesakitan yang tak dapat diungkapkan. Mungkin hanya ibu sahaja memahami kesakitan yang ditanggung.

MinMin sepatutnya sudah melahirkan anaknya tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa bertahan sehingga 3 hari.  Di penhujung rakaman tersebut menyaksikan anaknya dengan lancar dilahirkan dan dilihat cukup sempurna.

Melihat reaksi MinMin merangkul anaknya sebaik dilahirkan sungguh menyentuh hati.

Sumber: Inspire More

Nur Farra