Kisah ini banyak sekali pengajaran yang boleh diambil. Kisah mengenai Pak Osman, seorang tua yang menghabiskan sisa hidupnya dengan beribadah dan berbakti kepada agama. Harinya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bakal memberi manfaat kepadanya di dunia sana.
Menurut kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Norisha Abd, Pak Osman seringkali menghabiskan masanya di masjid, beribadah dan menjadi yang pertama tiap kali adanya kuliah. Malah, jemaah masjid itu berkata, Pak Osman ini umurnya walaupun sudah pencen, tapi ibadahnya macam orang belia yang masih banyak kekuatan.
Hinggalah satu hari, hari Jumaat yang mulia, Pak Osman dijemput mengadap yang Maha Esa. Pak Osman ketika itu sedang bepuasa, kerana rasa syukurnya setelah isteri tercinta terpilih untuk menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji.
Pak Osman hadir awal ke masjid, solat di awal waktu, iktikaf lebih lama dan sedang menunggu ketibaan penceramah, Pak Osman menghulurkan tangan untuk membantu jemaah masjid membuka salah satu daripada pintu masjid tersebut.
Ketika itulah, tiba-tiba..Nak tahu lebih lanjut kisahnya? Jom baca kisahnya di bawah.
Nama mesra beliau Pak Osman. Kewujudannya tak disedari. Ketiadaannya kurang dicari.
Tapi setiap kali kuliah, beliau duduk paling depan. Iktikafnya lebih banyak sekalipun zahir ilmunya macam masih sederhana.
Tak henti senyum, suka mengangguk setiap kali mendengar kuliah maghrib. Umurnya pencen tapi ibadahnya belia.
Setiap kali sebelum saya tiba, dia sudahpun berteleku di sejadah saf depan. Ketika saya tiba, dia biasa hulurkan tangan layak seorang bapa berjabat dengan anaknya. Begitulah rutin beliau.
Namun,
Hari ini hari Jumaat. Beliau sedang iktikaf lebih awal. Beliau telah solat lebih awal.
Difahamkan beliau sedang berpuasa hari ini straight 10 hari, nazar kerana isterinya terpilih ke Baitullah tahun ini.
Beliau sedang menunggu ketibaan penceramah tazkirah Jumaat.
Beliau sedang membantu pihak masjid untuk membuka salah satu pintu masjid, tiba-tiba beliau rebah. Jantungnya terhenti.
Setelah 40 minit pasukan bantuan memberikan pertolongan cemas, beliau disahkan meninggalkan dunia. Beliau meninggalkan kami semua jemaah di Masjid An-Nur Galleria@Kotaraya.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Semoga Allah merahmati ruh Pak Osman. Beliau memuliakan banyak perkara yang dimuliakan oleh Allah, lalu Allah memuliakannya. Sedang hari ini hari Jumaat. Sedang beriktikaf. Sedang berpuasa pula. Sedang menanti di taman syurga majlis ilmu. Sedang mengimarahkan masjid membukakan pintu masjid.
Seolah-olah selangkah lagi masuk ke Syurga. Tatkala detik husnul khatimah itu, Allah ambil nyawanya.
Allah..Allah..Allah.. Mulianya kematianmu. Indahnya pengakhiranmu.
Beliau dikebumikan petang ini juga sebelum mentari lenyap di ufuk barat. Saya mohon sangat-sangat agar yang membaca mesej ini supaya hadiahkan Fatihah buatnya.
له الفاتحة
– Imam Khairul –
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 soleh. Pak Osman @ abah – panggilan anak-anak di Galleria – tinggal dalam memori.
Sumber : Norisha Abd