Siakap Keli

Akibat Derhaka, Anak Ditembak Mati Oleh Ibu Sendiri

Seorang lelaki berusia 72 tahun maut apabila ditembak dibahagian leher dan rahang oleh ibunya yang berusia 92 tahun. Kejadian ini berlaku apabila anaknya, menyatakan hasrat untuk menghantar ibunya di rumah penjagaan orang tua selama beberapa hari. Selain daripada anaknya, teman wanitanya juga hampir ditembak oleh ibunya namun berjaya merampas dua pucuk pistol. Teman wanita anaknya yang berusia 57 tahun tersebut melarikan diri dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis pada 2 Julai lepas.

Anna Mae Blessing ketika ditemui oleh Sherrif Maricopa County dan sedang berehat di bilik tidurnya.

Blessing ketika menghadirkan diri ke mahkamah tiba dengan berkerusi roda dan memakai baju oren. Ketika dalam perbicaraan di mahkamah, Blessing mendakwa bahawa anaknya menyatakan bahawa dia “membebankan dan menyusahkan.” Blessing juga menyatakan hasratnya untuk membunuh dirinya kepada mahkamah akibat daripada perbuatannya yang telah membunuh anaknya sendiri.

Mahkamah menjatuhkan pertuduhan pembunuhan darjah pertama, serangan ganas dan penculikan kepada Blessing.

Sumber- CNN

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar