Siakap Keli

Bahasakan Diri ‘Pakcik’ Walau Dipanggil Tuan, Menteri Pendidikan Memang ‘Mesra Pelajar’

Menteri Pendidikan ini memang terkenal dengan sifatnya yang mesra dan merendah diri. Populariti YB Dr Maszlee Malik tidak boleh disangkal lagi. Gemar ‘menerjah’ ke sekolah-sekolah untuk melihat sendiri persekitaran dan sesi pembelajaran yang berlangsung, beliau sememangnya mempunyai gaya yang tersendiri.

Terbaru, Menteri Pendidikan ini disoal pula oleh salah seorang pelajar ketika lawatannya ke Sekolah Pendidikan Khas, Terengganu. Dua soalan yang ditanya adik ini kepada YB Dr Maszlee Malik dijawab dengan penuh hemah dan rendah diri. Siap bahasakan diri pak cik lagi !

Rakaman video YB Dr Maszlee Malik disoal oleh pelajar tersebut.

Cara percakapan beliau yang sangat merendah diri.

Semoga sentiasa istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab.

Contoh seorang menteri pendidikan yang sangat penyayang.

Suka dengan cara ‘pak cik’ !

Apapun, mari kita doakan yang terbaik agar sifat kepimpinan sebegini ada pada setiap pemimpin. Pendekatan ‘turun padang’ untuk dekat dengan rakyat dan masyarakat tanpa mengira waktu, sememangnya harus diberi pujian.

Sumber : Maszlee Malik

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.