Siakap Keli

Bertarung Nyawa, Diserang Kanser Ovari Ketika Umur Baru 15 Bulan

Seorang bayi ketika ini sedang bertarung nyawa selepas diagnosis dengan penyakit kanser ovari, ketika itu baru berusia 15 bulan.

Harlow yang berasal daripada California, Amerika Syarikat terpaksa menjalani rawatan kemoterapi, pembedahan dan rawatan pemindahan sel stem, ketika itu hanya mempunyai 50 peratus peluang untuk hidup.

Bayi perempuan ini diagnosis dengan penyakit kanser yang biasanya hanya menyerang wanita dewasa dalam lingkungan usia 50 ke atas, pada April 2016.

Walaupun Harlow ketika ini menunjukkan tanda-tanda positif, namun doktor yang merawatnya bimbang sekiranya kanser itu kembali aktif dan agresif.

”Kami tidak tahu apa lagi rawatan yang tinggal untuk Harlow. Kanser yang dihadapinya sangat-sangat agresif dan berpeluang tinggi untuk menyerang kembali,’‘ kata ibunya, Bianca Langtree, 27.

Walaupun sedang dilanda masalah, Bianca dan suaminya, Mark, 32, kekal positif dengan masa depan Harlow dengan berkongsi momen-momen manis bersama anak mereka di media sosial, termasuklah ketika Harlow bermain di taman permainan dan menari.

Berkongsi lebih lanjut, ibu bapa Harloe menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengannya apabila di mula menunjukkan tanda-tanda hilang selera makan, selain sering muntah dan merengek.

Mereka pada awalnya menganggap perubahan Harlow tersebut mungkin disebabkan sengatan serangga atau jangkitan pada telinga. Namun hati mereka mula tidak sedap apabila doktor yang memeriksa keadaan anak mereka kemudian merujuk kes tersebut kepada Hospital Kanak-kanak Orange County (CHOC).

Imbasan X-ray kemudian mendedahkan bahawa Harlow mempunyai tumor dan perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut. Malah, apendiksnya juga perlu dibedah buang.

‘Apabila anda mendengar doktor memberitahu apabila anak anda hanya mempunyai peluang hidup sebanyak 50 peratus dan anak anda perlu menjalani rawatan kemoterapi, ia sesuatu yang menakutkan.

”Kami menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Harlow pada April 2016. Harlow tidak seperti biasa. Kami membawanya berjumpa dengan doktor kanak-kanak sebelum dirujuk ke CHOC.

”Ketika mereka menunjukkan cetakkan imbasan X-ray dan memberitahu Harlow mempunyai tumor, saya seolah ingin mencapai cetakkan tersebut dan mencampakkannya. Ia seolah-olah ada orang menumbuk perut anda berkali-kali sehingga anda tidak mampu bernafas lagi.

”Kami menemani Harlow di hospital selama 8 hari, kemudian anak kami dibawa menjalai pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut yang sudahpun merebak ke ovari kirinya, jadi ovari tersebut juga perlu dibuang.

”Mereka juga membedah buang apendik sebagai langka-langkah pencegahan. Harlow juga perlu menjalani dua lagi prosedur berbeza untuk measukkan alat bagi memudahkannya untuk menerima ubat,” kata ibunya.

Bolehkan Bayi Diserang Kanser Ovari?

Ya, kanser ovari sememangnya mampu menyerang seorang bayi, kanak-kanak dan remaja perempuan serta orang dewasa sama ada salah satu ovari atau di kedua-dua belah sekaligus.

Kanser ovari merupakan 1 peratus daripada keseluruhan kanser-kanser yang menyerang kanak-kanak perempuan diantara baru lahir sehinggalah mereka yang berusia 17 tahun. Bagaimanapun 4 daripada 5 tumor pada ovari bukanlah penyakit kanser.

Bagi kanak-kanak yang diserang tumor pada ovari, ianya lebih mudah dirawat berbanding tumor yang menyerang ovari wanita dewasa.

Simptom-simptom :

1. Rasa sakit berterusan pada abdomen perut.

2. Kerap kencing atau mempunyai masalah untuk kencing.

3. Loya dan muntah-muntah

Masalah ovari pada kanak-kanak perempuan bawah usia 8 tahun akan menyebabkan mereka mengalami masalah membebaskan hormon oestrogen, menyebabkan pembesaran buah dada dan bulu pada bahagian sulit selain mengalami masalah pada vagina seperti pendarahan.

Rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak bergantung kepada saiz tumor dan serangan permukaan ovari atau pada sel myang menghasilkan telur.

Pembedahan diperlukan untuk membuang tumor tersebut. Rawatang kemoterapi dan radioterapi mungkin juga diperlukan. Dalam sesetengah kes, ovari pesakit juga perlu dibuang.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.