Siakap Keli
Gambar Chavalit Yongchaiyudh yang dilihat bersama isteri barunya ini tersebar di media soaial dan menjadi viral sejak selasa.

Di Usia 86 Tahun, Bekas PM Thai Kahwin Lagi

Pada usia 86 tahun, bekas Perdana Menteri Thailand, Chavalit Yongchaiyudh telah berkahwin dengan seorang wanita berusia 53 tahun.

Beliau yang berkahwin kali keempat dikatakan telah bercerai dengan isteri terdahulu kira-kira 10 tahun lalu.

Jeneral Chavalit mengakui mempunyai wanita baru di dalam hidupnya selepas gambar perkahwinan mereka tersebar di media sosial.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Orathai Sorakan.

Gambar Chavalit Yongchaiyudh yang dilihat bersama isteri barunya ini tersebar di media soaial dan menjadi viral sejak selasa.

Jelas Chavalit, dia telah menceraikan Khunying Pankhrua yang juga dikenali sebagai ‘Khunying Louise’ kira-kira 10 tahun lalu.

Isteri baharunya berasal dari wilayah Nakhon Sawan dan kini pasangan itu menetap di sebuah rumah di Kaset-Nawamin di Bangkok.

Bercakap mengenai isteri keempatnya, kata Chavalit, dia seorang yang rapat dengannya dan sentiasa menjaga dirinya terutama ketika sakit.

Malahan, beliau mengakui menghormati isterinya itu dan akan sentiasa membawanya bersama bagi menghadiri majlis sosial.

Perkahwinan itu dikatakan didaftarkan pada 19 Mei lalu, sejurus beberapa hari selepas sambutan ulang tahun kelahiran Chavalit yang ke 86 pada 15 Mei.

Sumber : Bangkok Post

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.