Siakap Keli

Kantoi Menipu, ‘Instafamous’ Cantik Ini Padam Semua Gambar Curi Dari ‘Google Images’

Kewujudan laman sosial menyebabkan lahirnya ‘instafamous’ atau ‘influencer’ iaitu individu yang berpengaruh di internet. Mempunyai bilangan pengikut yang ramai di instagram mahupun facebook, mereka gemar berkongsi gambar yang dapat menarik perhatian pengguna. Selain gambar sendiri, gambar makanan dan  ‘travel’ akan dimuat naik yang kadangkala tidak mampu oleh orang biasa.

Tetapi, mengambil gambar juga bukan sesuatu yang mudah. Tambahan lagi jika anda tidak berada di ‘lokasi’ tersebut tetapi tetap ingin ‘menghidangkan’ pengikut dengan gambar yang menarik. Solusinya, curi sahaja gambar di ‘google images’ !

Jangan terkejut kerana ini yang berlaku kepada seorang ‘instafamous’ dari Hong Kong. Dia yang dikatakan sanggup menipu untuk mendapatkan ‘likes’ yang banyak, menggunakan gambar dari carian google untuk dimuat naik ke instagram.

Menerima kritikan teruk, Sadelle Yeung terpaksa memadam lebih 95 gambar ‘curi’ yang daripadanya gambar makanan, pemandangan dan bangunan. Jom ikuti gambar-gambar yang berjaya ‘ dikantoikan’ oleh pengikutnya sendiri dari satu akaun khas @copysadelle yang menunjukkan hasil gambar curinya.

https://www.instagram.com/p/Bk-u1RQFKIm/?taken-by=copywithsadelle

https://www.instagram.com/p/Bk-vHDYlQXq/?taken-by=copywithsadelle

Hasil dari siasatan pengikut Sadelle juga mendapati baru-baru ini juga dia berkongsi gambar percutian di Itali melalui Instagram stories. Gambar tersebut sebenarnya diambil dari laman sesawang syarikat percutian di Australia.

https://www.instagram.com/p/Bk-vexZF6V8/?taken-by=copywithsadelle

https://www.instagram.com/p/Bk-wrOrF8v-/?taken-by=copywithsadelle

Sedar dengan perkara itu, dia telah memadam gambar-gambar yang dicuri tersebut. Sebenarnya tidak salah untuk berkongsi gambar di Google, cumanya janganlah anda claim gambar tersebut dari anda. Tak susah pun untuk beri kredit asal pada pemilik gambar tersebut.

Sumber : Msn News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.