Siakap Keli

Lebih 1,500 Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Dilaporkan, Ini Perkara Ibu Bapa Wajib Ambil Tindakan

Dua tiga hari ini kita kerap mendengar menegnai penyakit HFMD ataupun Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut yang dilaporkan oleh media tempatan. Berdasarkan laporan sebuah akhbar bebahasa Inggeris, sehingga kini disahkan lebih 1500 kes penyakit HFMD dilaporkan di Pulau Pinang.

HFMD dalah penyakit berpunca daripada jangkitan virus dengan simptom-simptom antaranya demam, sakit-sakit dan lepuh seperti lepuh pada mulut dan lidah.

Penyakit ini seringkali menyerang bayi dan kanak-kanak kecil dan kesan pada mereka mungkin lebih teruk disebabkan antibodi badan mereka yang lebih lemah.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Seorang doktor yang dikenali sebagai Taufiq Razif melalui satu kemas kini di laman Facebooknya mengenai beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai penyakit HFMD yang sedang mengganas ketika ini.

Menurutnya, ibu bapa perlu secara aktif dan lebih peka dengan penyakit ini dengan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghindari anak-anak daripada menjadi mangsa seterusnya.

Beliau turut berkongsi beberapa-beberapa perkara antara simptom-simptom dan info-info yang ibu bapa wajib tahu berkaitan penjagaan kesihatan anak-anak mereka, terutamanya yang masih bayi.

Jom baca perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.

Tolong jaga anak kita. Penyakit HFMD sedang mengganas!

Kat Pulau Pinang katanya dah sampai 1,616 kes penyakit kaki, tangan dan mulut ni! Banyak tu! Berpuluh taska pun dah ditutup.

Tu la kenapa kalau anak kita ada je tanda-tanda ni terus bawa ke klinik kesihatan ataupun hospital :

1. Kurang selera makan

2. Demam

3. Ruam pada bahagian kaki dan tangan

4. Ulser yang banyak di dalam mulut

Benda Paling Penting Mak Ayah Wajib Tahu!

1. Virus penyakit HFMD ni berjangkit dan merebak melalui air liur, cairan kudis, hingus dan najis anak.

2. Kalau cairan ni semua kena pada meja ke baby chair ke pemegang pintu ke mainan ke semuanya boleh jadi asbab dan punca penyakit sebab virus tu boleh hidup dan hinggap kat benda ni semua sampai berhari hari hingga berminggu!

3. 2 benda paling penting kita WAJIB KAWAL pada anak kecil kita kalau dah kena HFMD ni. Pertama kawal suhu tubuh supaya tak terlampau tinggi dan kedua, kena jaga minum dia supaya tak dehidrasi. Kalau dah dehidrasi teruk, kena cucuk masuk air la pula nanti

4. Kalau anak dah kena HFMD ni tolong la kuarantin. Kedasyatan penyakit ni adalah dia mampu menularkan sehingga 5 orang budak yang lain. Kiranya kalau 1 orang yang kena dalam sebuah taska, dia mampu menjangkiti 5 orang kawan kawannya

p/s : Saya rasa masih ramai mak ayah yang belum tahu info ni. Tolong bagitahu kat mak ayah yang belum tahu ye

p/s : Boleh klik link ni kalau nak belajar lebih mendalam tentang anak anak kita, t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Taufiq Razif

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.