Siakap Keli
29.4.2008 Bayi Faizal Ismail, DJ Hot fm meninggal dunia dan upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Sungai Choh. Pic YAHAYA HASHIM

“Pintu Rezeki Buka Entah Dari Mana”, FBI Kongsi Pengalaman ‘Ajaib’ Selepas Isteri Berhenti Kerja

Susulan tragedi melibatkan bayi 5 bulan, adik Adam Rayqal baru-baru ini telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.  Sejak daripada itu, ramai ibu bapa yang mula runsing dan susah hati terhadap anak yang dihantar ke rumah pengasuh namun dalam masa yang sama turut khuatir akan keadaan kewangan yang mungkin tidak stabil untuk salah seorang daripada suami dan isteri berhenti kerja.

Situasi ini memanggil pengacara Faizal Ismail atau FBI berkongsi pengalamannya yang hampir sama dengan situasi di atas.  Faizal dan isteri suatu ketika dulu terpaksa membuat keputusan untuk salah seorang mereka berhenti kerja selepas menyedari tindak-tanduk anaknya yang sedikit membimbangkan selepas di hantar ke rumah pengasuh berkenaan.

Ujarnya, itu merupakan keputusan yang sukar kerana situasi kewangan yang masih rapuh, tapi beliau terkejut kerana selepas keputusan itu dibuat, beliau menyedari rezeki mereka tak pernah putus.  Entah dari mana pintu rezekinya terbuka tapi sehingga kini, mereka diberi peluang untuk menjaga anak sepenuh masa.

(Sambungan)…. kami redah kehidupan di KL yg serba mencabar ini dan berserah kpd Allah.

Pada peringkat awal, ia agak mencemaskan dan di sudut hati saya masih mengharapkan satu hari nanti isteri akan bekerja semula utk membantu kewangan keluarga.

Selepas satu fasa yg agak lama isteri berada di rumah, kami dpt merasakan perubahan yg lebih positif berlaku kpd hidup. Walau gaji tak setinggi mana, dari segi kehidupan kami lebih berjimat kerana tiada kos utk isteri keluar bekerja, tiada bayaran tambahan utk nursery atau org gaji, tidak makan di luar dgn kerap. Paling penting, hati semakin tenang kerana tiada kebimbangan tentang anak yg kini di bawah jagaan ibunya sendiri.

Secara tidak sedar, motivasi diri saya semakin meningkat dalam semua aspek termasuk pekerjaan dan tak lama selepas itu segala2nya sgt positif, pintu2 rezeki terbuka entah dari mana dan saya berjaya mencapai tahap yg saya mahukan dlm kerjaya saya sbg seorg penyampai dan pengacara. Alhamdulillah!

Selepas kehilangan anak kedua, Allah gantikan dengan tiga lagi cahayamata dan sehingga kini semua di bawah jagaan kami tanpa perlu isteri bekerja semula. Kami tidaklah kaya tetapi Alhamdulillah kami rasa semuanya cukup dan bahagia. Itu adalah definisi “kekayaan” sebenar buat kami.

Ini hanya perkongsian secebis kisah dari kehidupan saya sebagai manusia biasa, suami dan ayah. Saya dan isteri bukanlah ibu bapa contoh kerana kami juga tidak sempurna.. namun sekiranya ada ibu bapa yg berazam utk menjaga sendiri anak2, saya dan isteri mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan sentiasa berserah kepada Yang Maha Esa.

Logik akal kita mungkin mengatakan angka2 RM yg kita dapat dalam sebulan tidak akan cukup.. tetapi jika kita seimbangkan dgn faktor2 kebahagiaan lain dalam kehidupan.. InshaAllah nilai tambahnya akan nampak lebih ketara. Lagipun harga sebuah kebahagiaan tidak mampu dibayar dgn RM berjuta.


Kehidupan kita adalah berdasarkan apa yg kita mahu capai. Kita tidak boleh hidup dengan merujuk kepada kehidupan org lain. Usaha dan berserahlah kpd Dia.. Maha Mendengar dan Memberi.

Sumber: Instagram Faizal Ismail

Nur Farra