Siakap Keli

Pogba Dedikasi Kemenangan Untuk Pasukan Bola Sepak Thailand Yang Terperangkap

Pemain tengah Paul Pogba telah mendedikasikan kemenangan malam tadi untuk semifinal Piala dunia Perancis ke atas Belgium untuk pemain bola sepak muda yang diselamatkan dari gua di Thailand selepas 18 hari terperangkap.

Gol kedua Samuel Umtiti di St. Petersburg sudah cukup untuk mendapatkan Les Bleus melepasi Roberto Martinez ke perlawanan akhir Ahad ini menentang England atau Croatia.

Pogba memuat naik status dedikasi tersebut melalui akaun Twitter miliknya, “Kemenangan ini ditujukan buat penyelamat-penyelamat gua di Thailand #thaicaverescue #chiangrai”

Susulan kejadian itu, kesemua 12 kanak-kanak bersama jurulatih bola sepak itu berjaya diselamatkan selepas 18 hari terperangkap di dalam gua Tham Luang, Thailand.

Menurut sumber dari unit elit tentera laut Thailand, kejayaan itu menamatkan misi menyelamat berbahaya yang mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra