Siakap Keli

Punyai Keturunan Lima Generasi, Lelaki Ini Mungkin Miliki Keluarga Terbesar Di Dunia

Seorang lelaki di Ukraine hari ini memohon Guiness World Book of Record mengisytiharkan diri sebagai lelaki yang mempunyai keluarga terbesar di dunia.

Pavel Semenyuk, 87, memberitahu media bahawa dia seringkali mengimpikan sebuah keluarga yang besar terutama apabila isterinya melahirkan 13 orang anak.

Daripada 13 orang anak itu, keluarga Semenyuk semakin berkembang kepada 346 orang dengan ahli terbaru baru sahaja berusia 2 minggu.

Semenyuk ketika ini menetap di Kampung Dobroslav di selatan Ukraine menganggap dirinya sebagai seorang lelaki yang sangat bertuah kerana dikurniakan 13 orang anak, selain 127 orang cucu, 203 orang cicit dan 3 piut.

Baginya, mempunyai keluarga yang besar adalah kegembiran buat dirinya. Namun Semenyuk sebenarnya berhadapan dengan satu masalah iaitu, dia sangat sukar untuk mengingati kesemua nama keturunannya disebabkan faktor umur.

”Saya tahu nama mereka yang sudah dewasa, tetapi saya sering lupa nama-nama ahli keuarga yang masih muda,” kata Sumenyuk kepada media.

Setiap kali salah seorang daripada keluarga Semenyuk mendirikan rumah tangga, keluarga tersebut akan membina rumah di kampung Semenyuk tinggal, menjadikan keluarga tersebut hidup berjiran antara satu sama lain.

Tugas membina rumah untuk pasangan baru berkahwin itu menjadi semakin mudah disebabkan ada dalam kalangan anak, cucu dan cicit Semenyuk terlibat dalam perniagaan pembinaan rumah.

Malah Dailymail turut melaporkan bahawa 30 orang cucu Semenyuk menghadiri sekolah yang sama dan setiap kali ada keraian, keluarga besar ini pasti terlibat sama.

‘Kami menyediakan makanan menggunakan periuk yang besar setiap kali kami berkumpul ataupun menyambut hari jadi anggota keluarga,” kata Vida Semenyuk, 66.

Beberapa hari yang lalu, kerajaan Ukraine mengiktiraf keluarga Semenyuk sebagai keluarga terbesar di negara itu dengan nama mereka dimasukkan dalam Rekod Pendaftaran Kebangsaan.

Pengerusi Rekod Pendaftran Kebangsaan Ukraine, Lana Vetrova memaklumkan pihaknya akan menyerahkan senarai yang sama kepada Guiness World Book of Record.

”Keluarga Semenyuk adalah keluarga yang sangat unik. Sehingga kini, keluarga terbesar yang diiktiraf oleh badan itu adalah keluarga berasal daripada India, seramai 192 orang. Mereka berpeluang untuk memecahkan rekod tersebut,” katanya.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.