Siakap Keli

Susah Bangun Tidur? Cuba Guna Lagu Alarm ”The World Most Annoying Alarm”

Nak bangun pagi setiap hari adalah sesuatu perkara yang paling ‘berat’ hendak dilakukan. Iyelah, kalau dah terbaring di atas katil, berselimut pula, rasanya tanak buka mata sampai ke petang kan. Sambung tidur dan terus bermimpi.

Satu lagi, ada juga yang mempunyai masalah untuk bangun walaupun memang berhajat nak bangun, kunci jam macam-macam jenis dah, tapi tak bangun-bangun juga. Nada dering yang digunakan pun bukan biasa-biasa, ada yang pakai bunyi loceng, ada yang pakai bunyi hon kereta dan ada juga yang guna bunyi bom. Tapi tulah, tetap terlewat ke kelas atau ke tempat kerja.

Man snoring — Image by © Todd Warnock/Corbis

Tapi yang lebih teruk bila ada tabiat sedar bunyi jam dering, bangun matikan kemudian sabung balik tidur. Yang ini, memang teruk betul perangai la kan. Apa kata anda ikut sahaja saranan yang diberikan oleh wanita ini, Annis F. Katanya dia yang mempunyai masalah bangun tidur telah bertemu dengan satu aplikasi jam loceng yang amat bagus dan berfungsi dengan baik untuk membangunkannya setiap pagi.

”Hari ini nak kongsi mengenai satu aplikasi Alarmy (Sleep If You Can). Sesuai untuk yang heavy sleeper tu. Saya dah guna aplikasi ini dah seminggu dah sebab ada masalah bangun tidur,” katanya yang memberitahu aplikasi ini diiktiraf sebagai ”Most Annoying Apps”.

Katanya, aplikasi ini mendapat pengiktirafan sebagai aplikasi paling ‘annoying’ disebabkan pembangun aplikasi ini menetapkan beberapa ciri menarik supaya pengguna yang memasang aplikasi ini pada telefon bimbit tidak mudah untuk mematikan penggera tersebut sebaik sahaja ia berdering.

‘Anda perlu menghabiskan misi yang anda pilih (ditetapkan terlebih dahulu) sebelum anda dapat mematikan pendera tersebut.

”Kalau tidak, memang non-stop la berbunyi. Macam saya, saya pilih misi QR-Code,” katanya yang turut berkongsi misi-misi yang anda boleh pilih.

Annis turut menjelaskan bahawa dia memilih misi QR-Code kerana di biliknya mempunyai pelbagai barangan dengan kod imbasan QR. Jadi katanya, sebaik sahaja pendera tersebut bunyi, dia cuma perlu bangun dan cari barangan dengan kod imbasan QR dan imbas menggunakan aplikasi tersebut untuk mematikan pendera tersebut.

”Jadi saya cadangkan untuk anda memuat turun aplikasi ini untuk mereka yang heavy sleeper,” katanya lagi.

Jika anda seorang lebih susah untuk bangun tidur, anda boleh memilih misi yang lebih susah misalnya menyelesaikan permasalah Matematik. Selain itu, anda juga boleh menetapkan fungsi mematikan pendera dengan mengambil gambar, tetapi ia bukan lah perkara yang mudah sebenarnya.

Apa yang anda perlu buat adalah anda perlu menetapkan lokasi dimana anda mahu mengambil gambar terlebih dahulu. Melalui penjelasan pada aplikasi itu, sekiranya anda menetapkan lokasi di dalam tandas, dengan mengambil gambar di dalam tandas sahaja boleh mematikan pendera tersebut.

Aplilasi tersebut tersebut diiktiraf sebagai ”The World Most Annoying Alarm” oleh beberapa laman web teknologi terkemuka dunia antranya CNET dan Gizmodo. Sehingga kini, aplikasi ini menerajui aplikasi pendera paling banyak dimuat turun di 92 negara antaranya Korea Selatan, Perancis dan Jerman.

Sumber : Twitter Annis F

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.