Siakap Keli
A intense haboob/dust storm hits parts of Arizona on July 9, 2018 (Photo: Mike Olbinski)

(Video) Arizona Lumpuh Dengan Ribut Debu, Hujan Lebat Musnahkan Ribuan Kediaman

Tembok debu menyelubungi kawasan metro Phoenix, menjadikan hari siang menjadi gelap selama lebih 1 jam pada Isnin lalu, disusuli dengan ribut, guruh, kilat, angin kencang sehingga menyebabkan banyak harta benda yang rosak.

Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor berkata kira-kira 12 penerbangan telah dibatalkan dan hampir 100,000 penduduk daerah tersebut kehilangan punca elektrik akibat ribut kencang.

Hujan angin hingga 70 batu per jam menumpaskan talian kuasa di Phoenix memandangkan ribut debu yang teruk melanda bahagian-bahagian Gurun Barat Daya.

Di satu kawasan, Mesa, seorang lelaki berusia 70 tahun telah dihempap sebuah pokok yang jatuh ke atas rumahnya sekali gus membuatkannya terperangkap selama beberapa jam sebelum dibawa ke hospital.

 

Ribut debu bertiup dari timur ke barat mengakibatkan jarak penglihatan terbatas serta kerosakkan rumah yang teruk. Angin kencang dilapor mencecah 103 kilometer sejam. Pakar meteorologi berkata ribut debu itu boleh mencecah setinggi 5,000 kaki tinggi.

Ribu debu ini dikatakan biasa berlaku semasa musim tengkujuh Arizona dari pertengahan Jun hingga akhir bulan September.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra