Siakap Keli

170 Ekor Bangkai Dan Sekandang Babi Mati Diracun, Wanita Ini Diharam Pelihara Haiwan Seumur Hidup

Seorang wanita telah diharamkan daripada memiliki haiwan hidup selepas polis menemui berpuluh-puluh haiwan hidup dalam keadaan menjijikkan dan dikelilingi oleh 176 babi, anjing dan ayam yang sudah mati busuk di rumahnya.

Pemeriksa RSPCA dipanggil oleh polis selepas mereka mendapati bahawa rumah Maxine, berhampiran Bourne, Leicestershire, penuh dengan makhluk mati dan haiwan yang hidup dalam keadaan yang kucar-kacir.

“Terdapat sisa-sisa binatang mati di mana-mana, kebanyakannya sudah menjadi bangkai.  Oleh itu, mustahil untuk menentukan bagaimana mereka telah mati.”

Mereka menemui sejumlah babi yang telah mati kerana diberi sebaldi racun tikus dan mengunci mereka didalam sebuah kandang yang dikunci.

Wanita tersebut telah dibawa ke mahkamah dan mengaku bersalah terhadap 5 pertuduhan.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di