Siakap Keli

Betulkah Tenggelamnya Titanic Adalah Agenda ‘Dajal’?

‘Gergasi’ yang TIDAK AKAN Tenggelam

‘Tuhan pun tidak mampu tenggelamkan Titanic’

Kata-kata salah seorang anak kapal memakan diri apabila ‘gergasi laut’ tersebut tenggelam tenggelam selepas melanggar bongkah ais semasa pelayaran sulungnya dari Southampton ke New York City.

RMS Titanic merupakan kapal penumpang British yang tenggelam pada awal 15 April 1912 di Lautan Utara Atlantik. Ia mempunyai kira-kira 2,224 orang penumpang dan anak kapal berada di atas kapal, dan lebih daripada 1,500 orang meninggal dunia. Tragedi tersebut menjadikannya salah satu bencana maritim yang paling dahsyat dalam sejarah moden.

Sumber : Google

RMS Titanic adalah ‘gergasi terapung’ yang dikendalikan oleh syarikat White Star Line , dibina oleh Harland dan Wolff di Belfast dan direka oleh arkitek Thomas Andrews . Kapal mewah yang dikendalikan oleh Kapten Edward Smith itu membawa beberapa orang terkaya di United Kingdom, Scandinavia dan di tempat lain di seluruh Eropah. Ruangan kelas pertama penginapan termewah dan sangat selesa yang dilengkapi dengan gimnisium, kolam renang, perpustakaan dan restoran (2).

 

Gimnasium di Bahagian Kelas Pertama (Sumber : Google)

 

Tangga Mewah yang Menghubungkan Bahagian Dek Kapal dan Dek Bahagian E (Sumber : Google)

 

Kolam Renang atas Kapal (Sumber : Google)

Titanic telah siap pada tahun 1912 dengan kos 7.5 juta Dollar di Belfast, Ireland dan mengambil masa lebih daripada dua tahun untuk dibina. Ia di gelar ‘gergasi’ kerana mempunyai berat lebih daripada 46,300 tan, panjangnya 882 kaki (269 meter) dan mempunyai ketinggian 92 meter (28) yang menjadikannya kapal mewah terbesar dilautan ketika itu (3)

Sumber : SosialHits

Disebalik cerita kemegahan tersebut, ada beberapa teori konspirasi dan sumpahan yang dikaitkan dengan tenggelamnya Titanic.. Umum hanya mengetahui bahawa kapal itu tenggelam oleh kerana terlanggar bongkah ais dengan tidak sengaja, namun sebenarnya terdapat beberapa lagi perkara lagi yang masih belum jelas diketahui di ‘belakang layar’ tragedi bersejarah itu. Teori didefinisikan sebagai pandangan atau pendapat untuk menerangkan sesuatu perkara (4). Manakala konspirasi ditafsirkan sebagai sebagai satu rancangan rahsia yang kebanyakannya menyalahi undang-undang (5)

1. Sumpahan Ratu Amen-Ra (The Mummy Curse)

Terdapat banyak teori-teori yang diperkatakan mengenai punca tenggelamnya kapal mewah Titanic. Namun yang menarik perhatian adalah apabila tragedi maritim tersebut dikaitkan dengan sumpahan sang puteri Mesir yang ‘menumpang’ di atas kapal tersebut.

Walaupun tragedi tersebut berlaku lebih 100 tahun, peristiwa tenggelamnya kapal besar itu tetap menjadi bualan masyarakat sehingga sekarang. Namun tidak ramai yang tahu mengenai kisah ‘mumia sang puteri’ yang turut sama ‘menyertai’ pelayaran bersejarah tersebut.

Keranda Amen – Ra (Sumber : Darkest London)

Dikhabarkan pada akhir tahun 1890, seorang hartawan muda melawat tempat penyimpanan khazanah arkeologi berhampiran Luxor. Dalam lawatannya itu, beliau telah membeli keranda yang ‘dihuni’ oleh mumia Puteri Amen-Ra. Mumia merupakan mayat manusia atau bangkai binatang yang diawet sebelum dikebumikan. Perbuatan mengawet mayat ini bertujuan untuk membuatkan jasad si mati bertahan lama (beratus tahun) dan kebiasaanya di amalkan di Mesir(6).

Hartawan tersebut ingin membawa keranda itu pulang ke rumahnya namun sehingga kini tiada siapa yang berjaya menemukan hartawan muda tersebut. Rakan-rakan hartawan tersebut turut menerima nasib malang, mereka telah mengalami kerugian besar, kehilangan lengan malah ada  meninggal dunia.

Setelah keranda tersebut berjaya sampai ke England, ianya telah dibeli pula oleh seorang usahawan. Malang tidak berbau, sekali lagi kejadian sadis terjadi apabila tiga anggota keluarga usahawan tersebut cedera dalam kemalangan dan rumah mereka terbakar. Ini menambahkan lagi keyakinan bahawa mumia tersebut membawa nasib malang dan disebut sebagai ‘unlucky mummy‘. Usahawan berkenaan kemudiannya mendermakan mumia tersebut ke muzium British.

Terdapat khabar yang mengatakan bahawa kakitangan di muzium tersebut terdengar bunyi yang kuat dan bising datang dari keranda pada waktu malam. Terdengar juga bunyi seperti barang dilempar sekitar bilik pameran. Malah seorang pengawal keselamatan muzium tersebut dikatakan meninggal dunia. Lebih mengejutkan apabila seorang jurugambar yang meninggal setelah melihat gambar keranda yang di ambilnya dalam muzium tersebut.

Muzium British kemudian mahu ‘menghilangkan puteri malang ‘ itu, tetapi demi menjagareputasi mereka, mereka tidak dapat melaksanakannya. Akhirnya, seorang ahli arkeologi Amerika, yang tidak percaya pada cerita ‘sumpahan malang’ tersebut telah membeli mumia bersama keranda itu dan menghantarnya pulang semula ke Amerika menaiki kapal Titanic. Selebihnya telah menjadi sejarah apabila dikatakan keberadaan ‘puteri malang’ tersebut di atas kapal yang menjadi punca Titanic tenggelam.

Sumber : Darkest London

Rekod penghantaran telah menunjukkan bahawa tiada mumia berada di atas kapal Titanic. Ini telah menimbulkan dakwaan bahawa ahli arkeologi telah menyeludupnya ke dalam kapal.  Namun tiada pula mana-mana mangsa yang selamat mendakwa bahawa mereka berkongsi bot penyelamat dengan mumia dan tidak terdapat juga laporan yang menyebut pasukan penyelamat mengambil mumia di atas kapal.

Dipercayai mitos ‘keranda mumia tersebut’ disebarkan oleh dua lelaki Inggeris iaitu Douglas Murray dan T.W. Stead. Mereka sebelum ini pernah mendakwa bahawa kenalan mereka telah membeli mumia di Mesir dan meletakkannya di ruang lukisan di rumahnya. Keesokan harinya setiap item yang rosak di dalam bilik itu telah dihancurkan. Malam beriutnya mumia tersebut  ditinggalkan di bilik lain namun kejadian yang sama tetap berulang.

Kedua-dua lelaki Inggeris ini juga melawat Muzium British dan melihat penutup keranda Puteri Amen-Ra (tidak ada mumia, hanya penutup keranda). Mereka mengatakan (mengadakan cerita) bahawa wajah mumia pada keranda tersebut seram dan kelihatan seperti terseksa. Oleh itu mereka nekad menggabungkan kedua-dua cerita itu (barang-barang hancur dan penutup keranda yang menakutkan) dan menjual kisah itu kepada akhbar-akhbar. Kisah rekaan tersebut kemudiannya terbawa-bawa sehingga ke peristiwa Titanic.

Mumia yang digembar-gemburkan berada dalam Titanic itu mungkin diinspirasikan oleh kisah Sarcophagus yang dihantar dari Mesir ke England. Sarcophagus dianggap sebagai salah satu contoh seni terbaik dari zaman Kerajaan Lama. Ia tenggelam ke dasar laut apabila kapal yang membawanya (The Beatrice) karam di dalam laut di suatu tempat berhampiran Cartagena, Colombia (7).

Sarcophagus (Sumber : Google)

Hari ini, hanya “keranda mumia” yang setinggi 5 kaki itu menjadi penghuni Muzium British, di mana ia secara rasmi dikenali sebagai “artifak 22542.” Ia juga dipanggil sebagai “Mumia yang malang “. Sejak ketibaannya di muzium pada tahun 1889, keranda malang tersebut selalu dipersalahkan untuk segala-galanya, termasuk menjadi punca tenggelamnya Titanic dan pencetus peningkatan Perang Dunia Pertama (8).

Keranda Amen-Ra (Sumber : Darkest London)

Namun hanya keranda kosong berada di muzium , di manakah mumia yang sebenarnya? jawapannya telah terjawab apabila akhbar The Wassington. Mumia tersebut telah tenggelam bersama-sama dengan 1500 orang penumpang Titanic! (9)

2. Agenda Iluminati Untuk Hapuskan Orang yang Menentang Mereka

Apabila diperkatakan mengenai iluminati, ramai yang akan terfikir mengenai simbol segi tiga bermata satu. Sebenarnya iluminati merupakan sebuah organisasi kuno yang dipercayai mempunyai kepentingan tersendiri. Mereka menerima arahan daripada orang tertentu ‘disebalik tabir’. Ramai orang percaya bahawa Iluminati diwakili oleh segitiga dengan mata di tengah, yang dikenali sebagai ‘all seeing eyes‘(mata yang maha melihat), tetapi simbol sebenar mereka adalah burung hantu (10).

Ada yang mendakwa bahawa punca sebenar Titanic tenggelam kerana organinasi yang dikaitkan dengan Rothschild itu mahu menghapuskan beberapa orang yang menentang agenda mereka untuk menubuhkan Federal Reserve Bank of America

Pada April 1912, Dunia dikejutkan dengan tragedi sadis tenggelamnya Titanic yang membunuh hampir 1500 orang. Diketahui umum bahawa Titanic tenggelam berpunca daripada pelanggarannya dengan bongkah ais. Namun ada yang mendakwa bahawa cerita tersebut berkemungkinan diputar belit kerana media dikuasai oleh Rothschild.

Seorang bekas anggota Iluminati mengatakan bahawa Titanic memang sengaja mahu ditenggelamkan. Ia telah dirancang dengan satu sebab utama iaitu ‘menghapuskan’ golongan yang ‘ingkar arahan’. Jutawan yang terbunuh dalam peristiwa tersebut adalah Benjamin Guggenheim Isidor Straus dan John Jacob Astor IV.

Sumber : Google

Mereka dikatakan telah terbunuh kerana ditakuti akan merencatkan rencana untuk menubuhkan Federal Reserve telah dirancang oleh Rothschild, Rockefeller and J. P. Morgan (11). Mereka merupakan orang terpenting dalam institusi perbankan dunia pada waktu itu. Federal Reserve membolehkan wang dicetak tanpa perlu bergantung kepada mana-mana sumber seperti emas.

Ketiga-tiga jutawan Amerika tersebut, Straus, Guggenheim & Jacob Astor mengambil tindakan menentang sekeras-kerasnya penubuhan Federal Reserve kerana ia akan membuatkan hutang Amerika bertambah dan akhirnya keseluruhan negara tersebut akan dikuasai oleh Rothschild, Rockefeller and J. P. Morgan.

Sumber : Google

Mengejutkan, selepas kematian ketiga-tiga jutawan tersebut dalam insiden bersejarah pada 14 April 1912, Federal Reserve telah berjaya ditubuhkan tanpa sebarang sekatan pada 23 Disember 1913 (12).

Federal Reserve merupakan bank puat Amerika Syarikat yang beroperasi di luar bidang pemerintahan Amerika Syarikat. Kononnya, bank tersebut diwujudkan untuk memperbanyakkan peluang pekerjaan, menstabilankan harga barang, kadar faedah jangka panjang yang sederhana, melindungi kadar kredit, dan menurunkan risiko kewangan.

Walau bagaimanapun, ahli teori konspirasi percaya bahawa sebab sebenar kewujudan Federal Reserve ialah supaya kumpulan pemodal dunia elit seperti Evelyn Rothschild dapat mengawal dunia melalui wang. Rizab Persekutuan (Federal Reserve) mencipta wang, kemudian memberi pinjaman wang kepada kerajaan, mengenakan faedah dan mengaut keuntungan melaluinya (13).

Terdapat juga dakwaan yang mengatakan pengasas Titanic, J.P Morgan menggunakan buku The Wreck of The Titan sebagai sumber inspirasi untuk ‘menghapuskan’ lawan mereka. Banyak persamaan yang terdapat dalam buku tersebut berlaku dalam tragedi sebenar. Malah penulis buku tersebut mati diracun beberapa tahun selepas tenggelamnya Titanic (14).

Sumber : thespiritscience

3. Titanic Sebenar Tidak Pernah Tenggelam

Selama bertahun-tahun, masyarakat masih bercakap tentang Titanic dan tahu bagaimana ia tenggelam pada malam April 1912. Namun sebenarnya masih ada yang menganggap ia merupakan kapal ‘kembar’ kepada Titanic iaitu Olympic.

Olympic (kiri) dibawa ke drydock di Belfast untuk proses pembaikian pada pagi 2 Mac 1912 selepas mengalami kerosakkan di pisau kipas Titanic (kanan) berlabuh di jeti. Olympic akan berlayar ke Southampton pada 7 April. Foto menunjukkan kedua-dua kapal ‘bergambar’ bersama buat kali terakhir.

Peristiwa tenggelamnya Titanic membawa masa kembali ke 20 September 1911 apabila Olympic bertembung dengan HMS Hawke di pinggir pantai Isle of Wight. Insiden tersebut telah menyebabkan banyak masalah bagi pemilik kapal iaitu syarikat White Star Line kerana ia bermakna pelayaran pertama Titanic terpaksa ditangguhkan dari 20 Mac ke April 10.

Hal ini oleh kerana, pada masa itu White Star Line tidak mampu untuk membayar kos membaiki Olympic juga. Ini bermakna pihak mereka tidak memperolehi wang kerana Olympic tidak berfungsi (perkhidmatan terhenti) dan pihak mereka juga tidak dapat menuntut pampasan dari kejadian itu. Jadi diandaikan bahawa pihak mereka mula membuat rancangan ‘tragedi’ tersebut.

Rancangannya mudah iaitu dengan menukar Olympic dengan kapal ‘kembarnya’ Titanic lalu menenggelamnya untuk menuntut pampasan. Tiada siapa akan tahu sekiranya kapal-kapal tersebut ditukar kerana ianya seolah-olah melihat cerminan antara dua kapal (terlalu mirip). Pertukaran tersebut hanya diketahui oleh beberapa orang yang bertanggungjawab sahaja iaitu J.Bruce Ismay, Lord Pirrie, Thomas Andrews dan J.P. Morgan.

Atas Kiri: Pengerusi White Star Line, J.Bruce Ismay Bawah Kiri: Pemilik Harland dan Wolff, Lord Pirrie Kanan Atas: Ketua Pereka Titanic, Thomas Andrews Bawah Kanan: Pemilik White Star Line, J.P. Morgan (Sumber : Google)

Sebaik sahaja pelan itu dimulakan, pihak mereka telah menutup kesan tapak kaki di lantai Olympic untuk menyembunyi daripada penumpang bahawa kapal yang mereka naik itu sebenarnya kapal lama (bukan Titanic seperti yang mereka fikir).

Bahagian-bahagian lain kapal juga telah diubah supaya mirip seperti Titanic yang sebenar. Malah mereka turun menggantikan kabin B dalam Olympic dengan kabin B sebenar dari Titanic supaya pertukaran tersebut tampak lebih nyata.

Hanya ada satu perkara sahaja yang dapat membezakan Olympic dan Titanic iaitu tingkap-tingkap kecil (portholes) di bahagian dek C.

Sumber : Titanic Mystery

Titanic sebenarnya mempunyai 14 tingkap kecil namun apabila ia meninggalkan Southampton untuk pelayaran sulungnya dan ‘terkandas’ dan tenggelam, ia dikatakan mempunyai 16 buah tingkap kecil pada bahagian dek. Hal ini semestinya dapat menyokong teori bahawa Titanic sebenarnya telah ditukar dengan kapal yang lain (Olympic).

Malah terdapat juga kata-kata yang diucapkan oleh pekerja-pekerja pembinaan yang terlibat dengan syarikat perkapalan Harland and Wolff yang diugut oleh majikan mereka sekiranya mereka membocorkan mengenai pertukaran tersebut.

Seorang lelaki di Australia telah menghantar surat kepada akhbar Northern Star pada 31 Julai 1996. Beliau menjelaskan mengenai perbualan anaknya dengan Paddy yang merupakan salah seorang pekerja yang pernah berkhidmat di syarikat perkapalan tersebut. Isi kandungan surat tersebut menjelaskan bahawa ketika semua krew kapal yang selamat tiba di perlabuhan, mereka telah diasingkan dari yang lain. Mereka (krew kapal) kemudian didatangi oleh pegawai atasan mereka dan dibacakan “Akta Rahsia Rasmi” yang menjelas sekiranya mereka bercakap atau membocorkan rahsia mengenai sebab sebenar tenggelamnya kapal atau menyebarkan khabar angin tentang penipuan insurans maka mereka akan dipenjarakan selama 20 tahun dan tidak akan mendapat pekerjaan apabila keluar dari penjara.

James A. Fenton aka Paddy (Sumber : Titanic Mystery)

Dakwaan tersebut diperkuatkan lagi apabila J.P Morgan yang merupakan pengasas Titanic sendiri telah membatalkan trip pelayarannya bersama Titanic dengan alasan kurang sihat. Namun Fakta sebenar menafikan hal tersebut apabila Morgan didapati berada di Perancis dalam keadaan yang sihat. Malah J. Bruce dan isterinya Julia turut membatalkan pelayaran mereka bersama Titanic dengan mengatakan bahawa isterinya Julia tidak sihat. Namun sekali lagi kenyataan itu merupakan penipuan apabila mereka dilihat bercuti berduaan di Wales.

J.P Morgan juga telah mengeluarkan 7 patung gangsa kesayangannya dari kapal satu jam sebelum pelayaran sulungnya meninggalkan Southampton. Situasi tersebut menunjukkan seolah-olah mereka telah tahu akan terjadinya sesuatu kepada ‘raksasa laut’ tersebut(15).

Rujukan

(1) Official investigation report – the sinking of RMS Titanic (PDF) (1 ed.). London: The final board of inquiry, Sumber dipetik daripada http://www.sshsa.org/media/splash/TheFinalBoardofInquiry.pdf

(2) Hsu, J. , 2012, “How Marconi’s Wireless Tech Helped Save Titanic Passengers”, New York: NBC NEWS. Assessed at: http://www.nbcnews.com/id/47046053/ns/technology_and_science-innovation/t/how-marconis-wireless-tech-helped-save-titanic-passengers/#.WgSS4Fu3z3g

(3) Douglas Main, 2013, Titanic The Unsinkable Ship, Sumber dipetik daripada https://www.livescience.com/38102-titanic-facts.html

(4) Teori, Kamus Edisi Pelajar, 2015, Sumber dipetik daripada http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=teori

(5) Konspirasi, Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2016, Sumber dipetik http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=konspirasi

(6) Mumia, Kamus Dewan Edisi Keempat 2015, http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=mumia

(7) The Myth of the Titanic Mummy, 2000, Sumber dipetik daripada http://www.unmuseum.org/mummyth.htm

(8) Rose Eveleth,2014, The Curse of the Unlucky Mummy, Sumer dipetik daripada http://nautil.us/issue/12/feedback/the-curse-of-the-unlucky-mummy

(9) The Curse of the Egyptian Princess of Amen-Ra, 2012, Sumber dipetik daripada http://www.anusha.com/cursed.htm

(10) Illuminati, https://www.urbandictionary.com/define.php?term=illuminati

(11) Dean Henderson, 2018, The Federal Reserve Cartel: The Eight Families, Sumber dipetik daripada https://www.globalresearch.ca/the-federal-reserve-cartel-the-eight-families/25080

(12) Mike, 2015, There’s a crazy conspiracy theory that the Rothschilds sank the Titanic to set up the Federal Reserve, Sumber dipetik daripad http://uk.businessinsider.com/conspiracy-theory-that-the-rothschilds-and-federal-reserve-proponents-sank-the-titanic-2015-10/?IR=T

(13) Jaclyn, 2013, Titanic Conspiracy, Sumber dipetik daripada https://jaclynhollandstrauss.com/titanic-victims-john-jacob-astor-benjamin-guggenheim-and-isador-strauss-the-federal-reserve-titanic-conspiracy/

(14) Did  JP Morgan Sink The Titanic, 2016, Sumber dipetik daripada http://thespiritscience.net/2016/06/08/did-jp-morgan-sink-the-titanic-to-remove-rivals-form-the-federal-reserve/

(15) Titanic Mystery, 2016, Sumber dipetik daripada https://social.shorthand.com/TitanicMystery/jCPyIbzzPVc/did-the-titanic-really-sink-or-was-it-olympic

 

 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.