Siakap Keli

Doktor Bunuh Diri Selepas Dedah Cerita Dicabul Dua Kali Di Sebuah Rancangan TV

Seorang doktor membunuh diri selepas mendedahkan kisah silamnya yang pernah dicabul dua orang lelaki lebih tua daripadanya ketika masih kecil.

Pakar bedah ortopedik, Stuart Kidd menceritakan detik itu secara terperinci kepada sebuah rancangan TV yang telah dirakam seawal 6 bulan lalu.

Walau bagaimana pun, doktor itu membunuh diri 2 bulan sebelum rancangan itu disiarkan.

Didalam rancangan tersebut, dia memberitahu, “saya telah dicabul dua orang lelaki, berusia 30 dan 40 tahun lebih tua daripada saya.

“Ketika itu saya masih kecil, saya sepatutnya dijaga dengan baik.  Saya hanya seperti kanak-kanak lelaki yang lain.  Kenapa saya menjadi mangsa,” katanya sambil mengalirkan air mata.

“Kejadian itu membuatkan saya trauma.  Saya perlu merawat diri sendiri dengan ubat yang telah diberi khas untuk meneruskan hidup tanpa menyakiti diri.”

Janet, isteri kepada mangsa memberitahu bahawa Kidd telah melakukan yang terbaik sepanjang hayatnya sebagai seorang doktor, ayah dan datuk kepada keluarga mereka.

“Kami bangga dengannya.  Mendedahkan apa yang selama ni terbuku dihatinya.  Ia sangat sukar.  Tapi dia melakukan yang terbaik.  Dia tak pernah berhenti mencari bantuan dan merawat dirinya sendiri.”

“Sudah tiba masanya dia dibiarkan bebas.  Dia sangat baik dari luarannya dan dalaman.  Sekarang, badannya mungkin sudah musnah, namun hati dan jiwanya sudah bebas.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra