Siakap Keli

Mangsa Terperangkap Gua Tham Mungkin Berdepan Penyakit Luar Biasa, ‘Cave Disease’

Pasukan bola sepak Thailand yang telah diselamatkan daripada terperangkap dalam gua Tham Luang selama 18 hari mungkin berisiko menghidapi jangkitan Histoplasmosis atau dikenali sebagai ‘cave disease’.

Salah seorang pegawai kesihatan yang memantau mereka berkata, sekurang-kurangnya dua dari empat kanak-kanak lelaki pertama diselamatkan menderita jangkitan paru-paru berdasarkan ujian darah dan kesemua mereka dijangkakan mengalami jangkitan yang sama walaupun ujian masih belum selesai.

Apakah ‘cave disease’?

‘Cave disease’ yang juga dipanggil speleonosis merupakan jangkitan kulat yang berpunca daripada penyedutan spora fungus jenis histoplasma capsulatum yang terhasil daripada najis kelawar dan burung.

Menurutnya lagi, sebarang pergerakan tanah boleh menyebabkan kulat dan penyakit itu tersebar.  Walaupun mereka yang dijangkiti tidak merasa sakit, tapi jika mempunyai sistem imun yang lemah, mereka mungkin mengalami gejala yang lebih teruk sehingga menyebabkan jangkitan tersebut merebak ke paru-paru serta bahagian badan lain seperti otak dan boleh membawa maut.

Sumber: abc news

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di