Siakap Keli

Mata Wanita Hampir Buta, 25 Tahun Rutin Pakai Maskara Tak Pernah Basuh

Theresa Lynch, 50 tahun hampir buta apabila tidak membersihkan maskara dari bulu matanya setiap kali pakai.

Dia hanya menyedari apabila berasa sakit di bahagian mata dan tidak selesa untuk memejamnya. Selesai mendapat rawatan, Theresa terkejut setelah diberitahu bahawa terdapat kesan bintik hitam yang banyak sudah sebati dibahagian bawah kelopok mata.

Doktor yang merawatnya memberitahu, bintik itu berpunca daripada tabiatnya yang gemar memakai maskara tapi tidak membersihkannya dengan baik selama 25 tahun.

Bagi merawat masalah itu, Theresa perlu menjalani pembedahan secara berulang bagi membuang bintik-bintik hitam tersebut.

Doktor Rabael yang merawatnya berkata, “setiap kali Theresa mengerlipkan matanya, biji-biji tersebut akan mengenai bola mata dan berisiko menjadikan matanya buta.”

 

Katanya lagi, gelaja ini sama seperti seseorang mencampak pasir kedalam mata sehingga menyebabkan rasa pedih.

“Saya sudah terbiasa memakai banyak alat solek dan tidak membasuhnya sehingga dibawa ke tidur. Saya tidak sepatutnya membiarkannya sehingga terjadi begini.
“Jadi, beringatlah semua. Bersihkan wajah anda sebelum tidur bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang,” katanya.
Sumber: news au

Nur Farra