Siakap Keli

Serangga Sebar ‘Aids’ Jenis Baru Di China, Rakyat Diberi Ganjaran RM5 Seekor Jika Berjaya Tangkap

Pusat kawalan penyakit Wilayah Guangdong Selatan China telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk orang ramai menangkap serangga yang dipercayai mampu menyebarkan penyakit merbahaya persis AIDS.

 

Penyakit ini disebar melalui gigitan serangga triatomine yang akan mengakibatkan penyakit Chagas dan membawa maut.  Gejala penyakit ini adalah seperti demam, letih badan, sakit kepala dan ruam.  Jika berlarutan, jangkitan ini boleh menyebabkan komplikasi jantung atau usus.

 

Bagi membendung masalah ini, pusat kawalan telah mengeluarkan satu lagi kenyataan kepada sesiapa yang menemui serangga itu akan diberikan ganjaran sebanyak RM4.83 bagi setiap serangga selain perkhidmatan perundingan kesihatan secara percuma.

Penyakit Chagas ini dikatakan memberi reaksi sama seperti AIDS.  Serangga ini akan menggigit dari satu muka ke satu muka dan penyakit boleh dipindahkan melalui darah dan menjejaskan kandungan ibu hamil.

Sumber: Global Times

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di