Memiliki kulit yang cantik dan bebas dari cela menjadi impian semua orang. Tapi salah satu masalah yang seringkali muncul pada kulit wajah semestinya ‘miss j’.
Rasa geram je dengan jerawat yang menginap di muka kan. Penulis pun sama, tangan pula gatal nak picit, sudahnya jerawat meninggalkan bekas parut. Makin bertambah lah masalah kulit wajah.
Perkongsian tips khas dari Puan Siti Nuriezian Abd Kadir ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah jerawat. Tak perlu picit lagi, lekat je ‘acne patch’ nie pada jerawat, habis disedutnya’ semua jerawat anda. Kulit pun jadi licin, memang power lah.
Nak beli yang mana satu? Jom ikuti perkongsian seperti di bawah ini. Penulis pun rasa dah tak sabar nak guna !
Semalam masuk watson, niat nak cari ubat jerawat. Terperasan acne patch ni, harga pun murah je.
Acne patch ni boleh sedut semua jerawat , bermata or takde mata aka jerawat batu pun boleh. Takde biji-biji or bermata dah, pakai ni rasa licin je kulit.
Gambar tu bukti yang saya sendiri dah try , hihi it works okeyyy! Tak payah nak picit-picit dahh and tak sakit langsung!!! Laki perempuan boleh pakai.
Dia ada macam macam brand, harga pun RM9-RM15 jee. Boleh pilih okey nak yang boleh pakai siang sahaja atau malam sahaja. Yang ada masalah jerawat tu boleh la try okey.
Sumber : Puan Siti Nuriezian Abd Kadir