Siakap Keli

(Video) Nyaris Digilis Lori Kerana Kalah Bertaruh Dalam Piala Dunia

Tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berlari ke atas jalan raya sebelum berbaring di atas jalan raya. Kemudian datang sebuah lori melalui atasnya sebelum lelaki tersebut berjaya mengelak daripada dilanggar lori kedua.

Lelaki tersebut dalam kejadian yang berlaku di Rusia dipercayai kalah dalam satau pertaruhan membabitkan Piala Dunia yang sedang berlangsung di negara tersebut ketika ini.

Rakaman tersebut dimulai dengan suara oleh seorang lelaki dalam bahasa Rusia yang berbunyi ”Apa yang terjadi apabila kamu kalah pertaruhan bahawa Rusia akan melangkah ke separuh akhir”.

Lelaki itu kemudian dilihat memandang ke arah belakang sebelum meluru dan berbaring diatas jalan yang sedang dilalui oleh dua buah lori.

Lelaki itu berjaya berbaring dengan selamat di bawah lori pertama sebelum segera menyelamatkan diri daripada ditindih oleh lori yang kedua.

Bagaimanapun ramai yang menganggap bahawa rakaman tersebut adalah palsu yang dilakukan oleh seorang pelakon lagak ngeri antaranya bunyi aneh yang wujud dalam video tersebut selain keadaan bayang yang dilihat tidak selari serta gerak badan lelaki tersebut yang tidak sekata dengan suasana di dalam video melibatkan lori tersebut.

Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa tindakan pemandu yang tidak menunjukkan sebarang reaksi seperti membrek atau memperlahan lori menguatkan lagi hujah bahawa video tersebut mungkin palsu.

”Lori tersebut terlalu rendah untuk seorang lelaki selamat berbaring dibawahnya,” kata salah seorang netizen.

‘Ia palsu. Terdapat rakaman berbeza yang digabungkan menjadi satu,” kata seorang lagi.

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di