Siakap Keli

(Video) Pengorbanan Kanak-Kanak Ini Dukung Adik Kurang Upaya 3KM Setiap Hari Ke Sekolah Buat Netizen Sebak

Gambar dua beradik yang tular di media sosial ini telah menyentuh hati ramai netizen yang rata-rata memberikan respon positif terhadap pengorbanan seorang kanak-kanak lelaki yang menggendong adiknya yang kurang upaya kemana saja dia pergi walaupun ke sekolah.

Khabarnya, mereka berdua ditinggalkan ibunya yang pergi untuk mencari duit lebih bagi menampung kebergantungan hidup anak-beranak ini.

Alexis Peralta, 11 tahun bersama 4 orang lagi adiknya hidup tak seperti kanak-kanak lain.  Alexis dilihat sentiasa bersama adik bongsu yang didukung setiap masa sehingga ke dalam kelas di sekolahnya.  Mereka tinggal 3km jauhnya daripada sekolah dan Alexis berjalan setiap hari mendukung adiknya tanpa lelah.

Ibu mereka, Luna Boloy pergi mencari kerja di Manila membawa dua lagi anaknya dan meninggalkan 3 orang lagi kepada suami.  Namun, suaminya itu dikatakan sentiasa mendera anak-anaknya dan langsung mengharapkan Alexis untuk menjaga ketiga-tiga mereka.

Melihat keadaan sukar itu, pihak sekolah dan guru-guru memutuskan untuk membantu mereka adik-beradik dengan menyediakan wang saku serta makanan.  Pengetua sekolah, Geraldine Nical turut menawarkan ruang di pejabatnya buat Alexis dan adik-adiknya menginap supaya tidak diganggu oleh ayah tiri mereka yang kejam dan tak perlu berjalan sejauh 3km setiap hari.

Usaha pihak sekolah turut menjejaki ibu mereka, Luna untuk bertemu anak-anaknya.  Rakaman video dibawah menunjukkan bagaimana keluarga kecil ini akhirnya bertemu melepaskan kerinduan mereka kepada ibunya yang lama tidak berjumpa.

Alexis dalam rakaman itu memberitahu, “tidak pernah sekalipun saya membenci ibu, kerana saya tahu dia berbuat demikian kerana tanggungjawab yang besar.”

Pengetua sekolah tersebut turut berjanji ingin memberikan sebidang lot tanah untuk mereka membina rumah disitu.

Kisah Alexis dan adik-adiknya ini wajar dijadikan contoh.  Jika kita fikir kita susah, masih ada yang lagi susah daripada kita.

Sumber: Kapuso Mo, Jessica Soho

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di