Siakap Keli

“Saya Cuma Nak Bagi Anak Udara Segar,” Ibu Dikecam Hulur Anak Keluar Tingkap Rumah Tingkat 7

Seorang ibu dirakam memegang bayinya keluar tingkap kerana dikatakan cuba memberikan udara segar.

Rakaman video itu diambil oleh jiran blok berhadapan yang terkejut dengan perbuatan wanita tersebut.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang wanita membawa keluar bayi itu ke arah tingkap rumahnya dari tingkat 7 bangunan aparment berkenaan.

Bayi itu dibawa keluar selama beberapa saat sebelum ditarik kedalam rumah.  Ibu bayi tersebut, Tiana memberitahu media tempatan, “tiada siapa yang nak buang anak keluar daripada tingkap.”

“Anak saya menangis nak keluar berjalan, tetapi di luar ternyata hujan, jadi saya bawa dia keluar melalui tingkap untuk hirup udara segar.”

Rata-rata pengguna media sosial mengkritik wanita tersebut kerana tindakannya yang tak masuk akal.

“Wanita ini hanya gila,” kata salah seorang daripada mereka.

“Secara amnya saya menentang campur tangan orang luar dalam kehidupan keluarga, tetapi dalam hal ini, bayi harus diselamatkan daripada ibu gila ini.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra