Siakap Keli

Suhu Tinggi Punca Letupan Luar Lapangan Terbang Kaherah, 12 Cedera

Suhu tinggi di Kaherah menyebabkan letupan besar sebuah kilang kimia bertempat di luar lapangan terbang utama di sana.

Menurut laporan media, 12 orang cedera akibat letupan terbabit dan telah selamat dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

“Oleh kerana suhu tinggi, letupan berlaku disebabkan petrokimia yang disimpan,” kata jurucakap tentera Kolonel Tamer al-Rifai.

“Lalu lintas udara serta penerbangan masih tak terjejas.”

“Tahap kecederaan mangsa masih tak dapat dipastikan lagi.”

Sejumlah besar anggota serta pasukan perubatan dikejarkan ke lokasi kejadian dan dikatakan, api besar itu dapat dikawal tanpa merebak jauh.

Sumber: Reuters

Nur Farra