Siakap Keli

(Video) Hujan Lebat Paling Teruk Sejak 1982, Angka Korban Jepun Meningkat Sehingga 200 Orang

Usaha menyelamat dan membersihkan terus dijalankan selepas Jepun terjejas akibat banjir dan tanah runtuh disebabkan hujan lebat paling teruk sejak 1982 dan kali ini, bencana itu telah membunuh sekurang-kurangnya 200 orang, kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe semalam telah menzahirkan ucapan terima kasih diatas bantuan kewangan dan pihak berkuasa terlibat yang telah membantu mangsa.

Kerajaan juga telah menyediakan 54,000 rumah persendirian dan 17,000 rumah awam untuk menampung mangsa-mangsa banjir.

Lebih 70,000 anggota penyelamat bekerja keras mencari mangsa yang hilang disebalik timbunan serpihan banjir.  Satu rakaman video juga turut menunjukkan seorang ibu menunggu di luar rumah yang telah musnah sambil melihat pekerja penyelamat menggali runtuhan untuk mencari anak lelakinya.

Kerosakan setakat ini dianggarkan lebih kurang 11.09 billion yen, menurut kementerian perladangan. Kementerian Pengangkutan berkata, lebih 27 keretapi dan 100 lokasi mengalami kerosakan.  Tambahnya lagi, proses menyelenggara perkhidmatan tersebut dijangka siap dalam masa 2 bulan.

Sumber: RTE, The Guardian

Nur Farra