Siakap Keli

6 Mati Akibat Kanser Ovari, Johnson & Johnson Diarah Bayar RM19 Billion Kandungan Merbahaya Dalam Produk

Syarikat Johnson & Johnson diperintah membayar pampasan berjumlah AS$4.69 billion atau RM18.98 billion kepada 22 wanita dan keluarga mereka yang mendakwa bedak talkum bayi syarikat berkenaan mengandungi asbestos penyebab kanser.

Daripada 22 wanita yang diwakili dalam kes ini, enam telah mati akibat kanser ovari.

Pakar-pakar perubatan turut memberi keterangan semasa perbicaraan bahawa asbestos dan karsinogen, bercampur dengan bahan mineral yang merupakan ramuan utama dalam produk bedak bayi Johnson & Johnson dan Shower to Shower.

Peguam itu turut berkata bahawa serat asbestos dan zarah talkum didapati dalam tisu ovari wanita terbabit.

“Kami berharap keputusan ini akan mendapat perhatian lembaga J & J dan ia akan membawa mereka untuk memaklumkan kepada pihak perubatan dan orang ramai tentang hubungan antara asbestos, talc dan kanser ovari,” kata Lanier.

Johnson & Johnson telah didakwa oleh lebih 9,000 wanita yang mendakwa serbuk talkum mereka menyumbang kepada kanser ovari. Syarikat itu secara konsisten menafikan bahawa produknya boleh dikaitkan dengan penyakit itu.

Sumber: The Guardian

Nur Farra