Siakap Keli

Sahut Seruan Kerajaan Basmi Plastik Tahun Depan, Usahawan Cipta Straw Boleh Tanam Semula Guna Tebu

Salah satu inisiatif untuk membendung penggunaan plastik, sekumpulan komuniti usahawan Taiawan telah mencipta rekaan baru menggantikan straw plastik kepada straw tebu.

Bunyi macam pelik kan? Rekaan ini adalah tanda sokongan kepada usaha kerajaan Taiwan yang ingin menghentikan penggunaan plastik berkuatkuasa tahun depan pada 1 Julai 2019.

Inovasi ini merupakan rekaan serbaguna daripada serat tebu yang dikitar semula dan boleh dibiodegradasi.

Ekoran kejayaan usahawan ini mencipta sesuatu yang baru, sebanyak 20 syarikat telah menawar untuk membeli teknologi tersebut namun ditolak kerana mereka ingin menjalankan usaha pembangunan dan inovasi sendiri di Taiwan.

Huang Chien selaku pengasas berkata, mereka menolak perlawaan itu kerana ingin menjalankan usahawa dengan negara-negara lain.

Menurut beliau lagi, straw tebu ini boleh ditanam didalam tanah tanpa merosakkan nutrien tanah itu sendiri.

Hebat kan?

Sumber: Taiwan News

Nur Farra