Siakap Keli

(Video) Mencangkung Siapkan Kerja Sekolah Dalam Hujan, Kanak-Kanak Jalanan Ini Buat Netizen Sebak

Seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang gigih menyiapkan kerja rumahnya sebelum kesekolah dibawah hujan lebat di jalanan berhampiran ibunya yang masih sedang tidur.

Rakaman itu menunjukkan Lorensalie Elaine Dolfo, 8, terlihat mencangkung di luar blok sebuah pangsapuri di Manila, Filipina, pagi Jumaat ini menyiapkan kerja sekolahnya.

 

Ibunya Ellen, 40, dan kakak Alexandra, 4, masih lagi tidur di sekitar bangunan yang sama apabila mereka kehilangan tempat tinggal sejurus bapa mereka, Jerry, 42 jatuh sakit.

Walaupun dengan keadaan yang serba kekurangan, Elaine masih gigih untuk menyelesaikan tugasannya dibawah baju kot bersaiz besar untuk melindung diri dan bukunya daripada dibasahi hujan.

Elaine memberitahu salah seorang penumpang motosikal, Rolanda bahawa dia mahu menjadi seorang yang pintar dan mendapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarganya.

“Saya mahu menyiapkan kerja sekolah ini dan membuat yang terbaik di sekolah.  Kemudian, saya boleh dapat kerja yang bagus dan menjaga keluarga.”

Ayah Elaine merupakan seorang pembawa beca namun terpaksa berhenti kerja setelah jatuh sakit dah tidak mampu melangsungkan pekerjaannya lagi.  Keluarga itu kemudian terpaksa tinggal di jalanan selepas rumah mereka dilanda ribut monsun.

Rolanda yang merakam video tersebut berkata, “saya akan tunjukkan video ini kepada anak saya supaya mereka tahu betapa pentingnya pendidikan dan sekolah.  Semua orang harus ingat betapa bertuahnya mereka dapat belajar dengan sempurna.”

“Saya pasti, anak kecil ini akan berjaya dalam hidupnya.  Dia sungguh berjiwa besar dan gigih menyiapkan tugasan walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.  Ianya sangat menyentuh hati dan saya terinspirasi dengan sikapnya.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra