Siakap Keli

Akibat Pakai Lens Terlalu Lama, Mata Gadis Ini Keluar Darah Hingga Hampir Buta

Penggunaan kanta lekap amat popular dan menjadi trend pada masa kini. Disebabkan itu pelbagai lambakan kanta lekap pelbagai jenama yang dijual di pasaran. Harga yang ditawarkan pula amat rendah hingga boleh didapati di bawah RM20. Bukan lagi untuk membantu si pemakai menghadapi gangguan penglihatan, namun lebih kepada gaya dan ingin kelihatan cantik.

Buat anda yang gemar memaki kanta lekap, perkongsian daripada Puan Mamy Loyy ini mungkin boleh dijadikan pengajaran. Akibat memakai kanta lekap terlalu lama, dia hampir hilang penglihatan. Derita dengan mata yang berdarah membuatkan wanita ini serik untuk memakainya lagi.

Apapun, pilihan di tangan anda. Jadikan ini sebagai peringatan. Jika ingin tetap memakai kanta lekap, belilah dengan jenama yang dipercayai dan pakai mengikut prosedur dan langkah yang betul.

Akibat pakai lens terlalu lama.

Dulu tak percaya orang duk viral pakai lens ni bahaya sebab tak kena batang hidung sendiri lagi.. sekarang baru rasa ya Allah sakit teramat sangat..

Mata tak boleh buka, langsung tak boleh tengok cahaya sebab sakit sangat.. mula-mula rasa pedih then bila buka lens tu mata mula merah, tak boleh buka..

Pergi klinik doc cuci mata baru lega sikit tapi still tak boleh buka.. air mata keluar tak berhenti, doc just bagi ubat titik dalam mata je bagi rasa sejuk.. ya Allah dia punya sakit nak tidur pun tak boleh.

Tak sangka mata sampai keluar darah bagai. Nasib baik Allah tak tarik nikmat melihat lagi. Alhamdulillah mata dah boleh buka sekarang.. beransur pulih.. Terima Kasih Ya Allah.

Peringatan : Mata dah cantik , dapat melihat dengan elok dah kira ok, jadikan pengajaran.

Sumber : Mamy Loyy

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.