Siakap Keli

Beri Alasan Kerja, Ibu Bapa Tergamak Kurung Anak Kembar Dalam Sangkar Kayu Kecil

Sepasang kembar lelaki ditemui terkurung dalam sebuah kotak kayu kecil oleh polis di tenggara Brazil.

Ketika disoal siasat polis, ibu bapa kanak-kanak berusia tiga tahun itu memberi alasan terpaksa mengurung anak kembar lelaki mereka bagi membolehkan mereka melakukan kerja rumah dan di ladang tanpa sebarang gangguan.

Penemuan menggemparkan polis di bandar Aparecidinha di Espirito Santo itu dibuat selepas mereka menerima maklumat dari individu  yang mendakwa pasangan suami isteri terbabit sering mengurung anak mereka dalam kotak kayu tersebut.

Gambar : Di dalam kotak kecil ini kedua-dua kanak-kanak kembar tersebut dikurung

Susulan itu, ibu bapa kembar terbabit masing-masing berumur 37 dan 40 tahun telah diberkas kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak manakala mereka ditempatkan di bawah jagaan perkhidmatan sosial tempatan.

Menurut polis, hasil pemeriksaan ke atas mereka mendapati tiada tanda menunjukkan kedua-dua budak terbabit didera secara fizikal.

“Ruang di dalam kotak itu sangat sempit malahan dibahagi dua bagi mengelakkan mereka dapat menyentuh antara satu sama lain.

”Selain itu, ibu bapa mereka juga tidak meletakkan alat mainan atau bantal untuk kembar terbabit,” kata ketua polis tempatan, Kapten Sonimarcos.

Difahamkan, ibu bapa mereka telah dibawa ke balai polis untuk memberi kenyataan sebelum dibebaskan.

Sumber : Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.