Siakap Keli

Lagenda Tinju Filipina, Manny Pacquiao Sumbang Peralatan Tinju Kepada Kerajaan Malaysia

Lagenda tinju Filipina, Manny Pacquiao, 39, yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), akan menyumbangkan peralatan digunakannya semasa latihan untuk ”Fight of the Champions” kepada kerajaan Malaysia.

Beliau juga yang bergelar Senator Filipina berkata demikian dalam satu sidang media selepas menumbangkan jaguh Argentina, Lucas Matthysse. Ujarnya, sumbangan ikhlas itu adalah bagi mempromosi dan menggalakkan sukan tinju di negara ini.

BERNAMA

“Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan peralatan digunakan di Kuala Lumpur untuk latihan, kita akan dermakan. Kita juga berbincang untuk mempromosi tinju di Malaysia. Kita akan memulakannya,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan membuka akademi tinju di sini.

“Saya sukakan tempat ini, terima kasih atas keindahan dan kemudahan yang hebat di Kuala Lumpur. Saya berharap ia bukan pertarungan terakhir di bawah MP Promotions di sini, kerana ia antara pertarungan terbesar di Asia, disiarkan di lebih 200 negara. Kita berharap lebih banyak acara diadakan di sini,” katanya.

Ujar beliau lagi, Malaysia dipilih sebagai venue perlawanan tersebut kerana beliau mahu mempromosi tinju profesional di Aisa, memandangkan sukan berkenaan masih jauh ketinggalan berbanding rantau lain seperti Amerika Syarikat dan Amerika Latin.

BERNAMA

Pacquiao atau ”The Pacman”, merupakan satu-satunya juara dunia bagi kesemua lapan divisyen, memenangi gelaran ke-12 tersebut selepas merampas tali pinggang welterweight WBA daripada peninju Argentina berusia 35 tahun itu, dengan kemenangan ‘technical knock-out (TKO)’ pada pusingan ketujuh.

Matthysse yang dikenali sebagai “The Machine” kerana pukulan agresif menjadi penyandang tali pinggang tersebut sebelum ini selepas menewaskan peninju Thailand, Tewa Kiram pada Januari lalu.

Pacquiao ketika mengulas perlawanan tersebut, terkejut dengan gaya pertarungan lawannya itu dibawah jurulatih baharu, Buboy Fernandez.

“Daripada pusingan pertama lagi, saya merasakan boleh memenangi pertarungan ini kerana strategi kita  melepaskan  tumbukan  jika ada peluang dan tidak terburu-buru. Beliau juga mungkin terkejut kerana saya membuat asakan daripada  sisi dan tidak bergerak ke sana sini.

BERNAMA

“Untuk menjadi juara mesti berusaha keras, dedikasi dan semangat. Anda perlu beri sepenuh tumpuan semasa latihan dan mempunyai semangat tinggi. Saya tidak merasakan seperti berumur 39 tahun, saya merasakan dan kelihatan baru berusia 27 tahun,” katanya.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte antara orang kenamaan yang hadir menyaksikan pertarungan tersebut.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di