Siakap Keli

Oku Terima Anugerah Khas Penderma Darah Kebangsaan, Azam Mahu Menderma 4 Kali Setahun

“Saya tidak ada harta benda, apa yang ada hanyalah darah yang mengalir dalam tubuh badan saya. Biarlah darah ini menjadi sumber pahala dan kebaikan kepada pihak memerlukan,” kata Mohd Zamzuri Ariffin, 46.

Dia merupakan penerima anugerah penderma darah peringkat kebangsaan bagi kategori orang kelainanan upaya 2018 memberitahu dia telah menderma darah sejak 10 tahun yang lalu setelah mendengar kebaikkan amalan itu.

Katanya lagi, dia menderma darah setiap tahun melalui kempen yang diadakan di Masjid Batu Buruk di sini pada bulan Ramadan.

“Setiap kali Ramadan, pasti ada kempen derma darah dilakukan di masjid-masjid…di situlah saya menderma darah buat kali pertama 10 tahun lalu dan saya berazam mahu menjadi penderma tetap iaitu menderma empat kali setahun bagi memastikan bekalan darah mencukupi,” katanya.

Ujarnya yang mempunyai darah jenis B, tidak menyangka akan diraikan dalam majlis khas yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Tidak pernah terlintas langsung di hati kecil saya untuk menerima pengiktirafan tinggi seperti ini. Harapan saya sumbangan kecil ini akan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang di luar sana tampil menderma darah bagi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

“Tanggapan negatif kononnya mendema darah ini adalah satu proses yang menyakitkan adalah tidak benar, malah saya berasa lebih sihat setiap kali selesai menderma darah. Insya-Allah banyak manfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di