Siakap Keli
Gambar : Root Of Science

Tidak Bahaya Tapi Berisiko, Awas Ibu Bapa, Anak Anda Mungkin Dijangkiti HFMD

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit berjangkit yang biasa terjadi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Gejala termasuk demam, hilang selera makan, ruam kulit yang tidak gatal dan selalunya sakit tekak. Luka dan ulser biasanya terdapat di lidah, gusi dan di dalam pipi.

Jangkitan virus HFMD disebarkan melalui sentuhan tangan yang tercemar dengan virus. Tiada rawatan khusus untuk HFMD, walau bagaimanapun, mengenal pasti penyakit terutamanya melalui simptom-simptom yang menyebabkan sakit demam, luka mulut dan sakit sendi. Pesakit juga dinasihatkan untuk minum air yang mencukupi untuk mencegah dehidrasi (kekurangan air dalam badan).

HMFD juga boleh menyebabkan komplikasi serius seperti: –

  • Kelesuan
  • Kehilangan selera makan
  • Sering muntah
  • pucat
  • Demam (suhu 38 ° C dan ke atas)
  • jantung berdegup laju /berdebar (Rujukan 1)

HFMD sendiri sebenarnya termasuk dalam penyakit yang sembuh dengan sendirinya (self limitting disease). Namun, penyakit ini juga dapat berkembang menjadi keadaan yang lebih serius jika tidak ditangani segera (Rujukan 2).

Gambar : MeetDoctor

Penyakit tangan, kaki, dan mulut sering disebabkan oleh virus “coxsackievirus”, yang paling biasa merupakan “coxsackievirus” A16. “Coxsackievirus” adalah sebahagian daripada sekumpulan virus yang disebut enterovirus.

Dalam beberapa kes, jenis enterovirus lain boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki, dan mulut. Enterovirus 71 juga merupakan sejenis virus yang boleh mengakibatkan penyakit HFMD yang mungkin menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Anda atau anak anda mungkin dijangkiti penyakit tangan, kaki, dan mulut dengan melalui:

  • Air liur
  • Cecair dari  luka
  • Najis
  • Udara dari seseorang yang bersin dan batuk
  • Tangan yang tidak dicuci
  • Permukaan yang mengandungi virus(Rujukan 3).

Walaupun tiada vaksin khas untuk HFMD, namun demam dan sakit boleh dirawat dengan ubat seperti sirap paracetamol dari doktor anda. Ulser mulut pula boleh dirawat dengan gel merawat.

Gambar : SteemKR

Kuarantinkan anak anda di rumah (dan jauh dari sekolah, pusat jagaan kanak-kanak dan tempat awam seperti pusat membeli-belah) pada masa ini untuk berehat dan pulih. Selain itu, objek dan permukaan yang sering disentuh seperti mainan dan tombol pintu hendaklah dibersihkan supaya virus tidak disebarkan(Rujukan 4).

Penyakit kaki tangan dan mulut memberi kesan kepada kanak-kanak yang lebih muda iaitu bermula di bawah 5 tahun sehingga 10 tahun kerana kanak-kanak di usia sebegini lebih aktif dan suka meneroka.

Kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak sangat terdedah kepada wabak penyakit tangan-kaki dan mulut kerana jangkitannya merebak dengan hubungan orang ke orang, dan anak-anak muda adalah yang paling mudah terpengaruh.

Kanak-kanak biasanya membina imuniti terhadap penyakit tangan kaki dan mulut apabila mereka semakin tua dengan membina antibodi selepas terdedah kepada virus yang menyebabkan penyakit ini. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan remaja dan orang dewasa mendapat penyakit ini.

Gambar : The Mommy Doctor

Pencegahan

Langkah berjaga-jaga dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan dengan cara yang berikut :

  • Basuh tangan dengan teliti. Pastikan anda mencuci tangan dengan kerap, terutamanya selepas menggunakan tandas atau menukar lampin dan sebelum menyiapkan makanan. Gunakan tisu tangan atau gel yang dirawat dengan alkohol yang membunuh kuman  jika tiada sabun dan air.

 

  • Membersihkan kawasan persekitaran. Pusat penjagaan kanak-kanak perlu mengikut jadual yang ketat untuk membersihkan dan membasmi semua kawasan umum, termasuk barangan yang dikongsi seperti mainan, kerana virus boleh hidup di objek ini selama beberapa hari. Selain itu, bersihkan barangan bayi anda dengan kerap.

 

  • Ajar kebersihan yang baik. Tunjukkan anak anda bagaimana untuk mengamalkan kebersihan yang baik dan bagaimana untuk menjaga diri mereka supaya setiasa bersih.

 

  • Elakkan diri dari bersama orang yang dijangkiti. Oleh kerana penyakit tangan-kaki dan mulut sangat menular, orang yang mempunyai penyakit itu harus membataskan pergaulan diri mereka kepada orang lain semasa mereka mempunyai tanda-tanda dan gejala aktif. Jauhi kanak-kanak dengan penyakit kaki tangan dan mulut dari penjagaan kanak-kanak atau sekolah sehingga demam hilang dan luka mulut telah sembuh. Jika anda mempunyai penyakit, tinggal di rumah(Rujukan 5).

Rujukan :

  1. Ministry of Health Brunei Darussalam
  2. Meet Doctor
  3. Doctor On Call
  4. TheAsianparent Singapore
  5. Mayoclinic.org

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey