Siakap Keli

(Video) Sayunya Hati, Lepas Solat Pak Cik Ini Menangis Teresak-Esak

Apabila melihat non-muslim terbuka hati mendalami agama Allah ini, pasti sebagai umat Islam kita merasa gembira.

Begitulah kisah ini. Seorang pakcik dari Vietnam dan beragama Buddha datang ke masjid untuk mengikut cara belajar solat. Rakaman videonya cukup menyentuh hati.

Manakan tidak, selesai saja solat dia terus menangis teresak-esak kerana merasakan ketenangan dalam diri. Begitu hebat kuasa Allah, hidayah-Nya tidak mengira siapa.

Siapa tahu, mungkin  pakcik ini sudah lama menyimpan niat untuk menjejakkan kaki ke masjid dan mendalami agama Islam? Akhirnya hasrat itu ditunaikan melalui program Mosque Open Day Aidilfitri. Satu program dakwah yang harus diberikan pujian !

View this post on Instagram

Ni pakcik berbangsa Vietnamese dan beragama Buddha mohon ingin ditunjuk dan mengikut cara solat. alhamdulillah melalui program Mosque Open Day Aidilfitri ini beliau berpeluang dapat ikut sama belajar solat di dalam ruang solat masjid mgkin dah lama menyimpan niat nak mendalami Islam dan bersolat. Subhanallah Lps selesai saja beliau terus menangis teresak esak, bagai tak dapat dibendung lagi perasaan syahdu beliau, terasa tenang dan dekatnya dengan sang pencipta, kita doakan insyaAllah hidayah Allah mengetuk pintu hatinya dan husnul khatimah. Allahu Akbar begitu bertuah sahabat yang sudi mengajar beliau bersolat moga jadi asbab untuk beliau memeluk agama Islam Kredit pakcik Noli yang banyak melakukan kerja dakwah bersama @hidayahcentrefoundation #indahdihati #manusia #fitrah #dariDia #kepadaDia

A post shared by AnasT (@aanastahirr) on

Mahu masjid dan surau memberi khidmat kepada semua komuniti.

View this post on Instagram

Begitulah kita berharap banyak lagi masjid dan surau membuka pintu mereka kepada komuniti non muslim yang berada dalam kejiranan mereka. Dan bukan saja pintu masjid dibuka malah Buka juga pintu minda dan hati para ajk yang mengendalikan masijd utk sampaikan dan praktikkan keindahan serta kebenaran rahmah Islam kepada seluruh alam. ALLAHU Akbar ❤️ Kita mahu masjid dan surau bukan khidmat pada orang islam sahaja tetapi semua dalam komuniti tanpa kira keturunan, agama dan latar belakang sosio ekonomi. Moga mereka yang disantuni nampak Islam yang sebenarnya. Mereka dikejiranan bukan saban waktu disajikan dgn azan dan ayat suci Al Quran sahaja di cerobong masjid tapi batang tubuh merek disantuni, hati2 mereka disapa untuk dekat dgn Islam👍🏼👍🏼👍🏼 Kredit pakcik Noli dari @hidayahcentrefoundation #indahdihati #fitrah #manusia #dariDia #kepadaDia

A post shared by AnasT (@aanastahirr) on

Sumber : anastahir_zayan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.