Siakap Keli
KUALA LUMPUR, 16 Julai -- Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin masih berada di dalam Dewan Rakyat sementara sebahagian anggota parlimen pembangkang lain meninggalkan dewan selepas memprotes pemasyhuran hakim bersara Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Parlimen bagi Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 hari ini.?--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA?

Dakwa Lantikan Speaker Dewan Tidak Ikut Syarat, Pembangkang Keluar Dewan

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) – Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa anggota Barisan Nasional serta PAS bertindak keluar dari Dewan Rakyat pagi ini sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Ahmad Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk, berkata tindakan yang dilakukan oleh kerajaan  Pakatan Harapan dengan terus mencadangkan nama bekas hakim Mahkamah Rayuan itu sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah tidak  mengikut prosedur ditetapkan.

Beliau berkata pihak pembangkang mempunyai bukti yang mencukupi bahawa notis pencalonan Yang Dipertua kesembilan ini tidak memenuhi tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan.

“Biarpun Setiausaha Dewan Rakyat (Datuk Roosme Hamzah) memaklumkan bahawa Ketua Majlis  iaitu Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) telah menghantar surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 2 Julai.

“Tetapi kami mempunyai bukti yang cukup bahawa tempoh 14 hari sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak diikuti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, di hari ini. – Bernama

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu