Siakap Keli

Hantar 2000 Mesej Seks Kepada Dua Wanita, Menteri Letak jawatan

Menteri di Britain, Andrew Griffiths telah meletakkan jawatannya susulan skandal seks membabitkan dua pelayan wanita.

Dilaporkan, beliau telah membuat tuntutan dalam 2,000 mesej yang dihantar kepada dua wanita berkenaan.

Griffiths yang baru bergelar bapa mengirimkan kepada Imogen Treharne dan rakannya, sejumlah £700 (RM3,754) dan juga menawarkan sebuah unit kediaman untuk mengadakan hubungan seks dimana beliau turut meminta gambar dan video seks daripada mereka.

Menteri Perniagaan Kecil berusia 47 tahun itu berkata, beliau teramat malu dan turut memohon maaf kerana memalukan Perdana Menteri Britain, Theresa May.

Ahli Parlimen itu merupakan bekas penasihat kepada May yang dikenali kerana menubuhkan kempen ‘Wanita Untuk Menang’ bagi memastikan lebih ramai wakil rakyat dalam kalangan wanita.

Beliau juga pernah mengkritik ketua-ketua syarikat yang mempunyai bilangan wanita yang sedikit dalam barisan lembaga pengarah.

Tetapi, imej Ahli Parlimen Burton itu tercalar kerana membuat permintaan berbaur seks terhadap dua pelayan wanita.

Dia menghantar mesej yang banyak kepada kedua gadis itu setiap hari selama tiga minggu selepas menjalinkan persahabatan di media sosial.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, menteri itu berkata: “Saya sangat malu dengan tingkah laku saya yang telah menyebabkan tekanan yang tidak terhingga kepada isteri dan keluarga saya, kepada siapa saya berhutang segala-galanya, dan juga kepada Perdana Menteri dan Kerajaan saya berkhidmat dengan bangga.

“Saya tidak mahu memberi alasan kepada tingkah laku saya dan akan mencari bantuan profesional untuk memastikan ia tidak berlaku lagi.

”Dalam masa yang sama, saya berharap dapat menerima kemaafan daripada semua yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya, dan saya telah menghampakan mereka,” tambahnya.

Sumber : Mirror UK

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di