Siakap Keli
KUALA LUMPUR, 16 Julai -- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata sesuatu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga,kiri) ketika sesi bergambar bersama Anggota Parlimen selepas Majlis mengangkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan). --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lantikan Mohamad Ariff Sebagai Speaker Antara Penambahbaikan Parlimen – PMO

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) – Pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu adalah antara usaha untuk membawa pembaharuan di Parlimen.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa usaha penambahbaikan  Parlimen menjadi keutamaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap proses demokrasi.

Perbincangan yang meluas telah dilakukan dan keputusan mencadangkan Mohamad Ariff dibuat berdasarkan konsensus antara para pemimpin tertinggi parti.

“Pendirian yang tidak partisan adalah penting bagi seseorang yang ditugaskan untuk membawa pembaharuan di Parlimen,” katanya.

Mohamad Ariff, 69, diumumkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kesembilan pada mesyuarat pertama Parlimen ke-14 yang memulakan persidangan pagi ini. – Bernama

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu