Siakap Keli

Makan Buah Sebelum Atau Selepas Makan Yang Mana Paling Terbaik?

Dengan beberapa bahagian negeri Malaysia ketika ini sedang dilanda musim buah, pelbagai jenis buah-buahan tropika dan tempatan boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Durian, rambutan. manggis dan langsat antara buah-buahan yang biasa kita jumpa, tak kira sama ada di tanam sendiri atau dibeli di tepi-tepi jalan kampung.

Itu belum lagi buah-buahan yang diimport dari luar seperti epal dan anggur, semuanya mudah diperolehi. Masuk je mana-mana pasar raya, anda boleh pilih buah-buahan apa yang anda mahu. Pendek kata, kita sememangnya suka makan buah-buahan. Selain rasanya sedap, buah-buahan juga adalah makanan berkhasiat yang tinggi dengan pelbagai khasiat.

Makan buah tu betul dah, tapi yang tak betulnya adalah waktu kita makan buah. Ramai daripada makan buah sebagai pencuci mulut, yakni dinikmati selepas selesai menjamu selera hidangan utama. Sepatutnya buah dimakan sebagai pembuka selera, iaitu dinikmati sebelum anda menikmati juadah utama.

Macam yang Dr. Abdul Rahim ini cakap, orang kita ini sudah terbalik dan amalan makan buah sebagai pencuci mulut sudahpun diamalkan secara turun-temurun, hingga sukar untuk diubah.

Ujarnya, buah-buahan lebih baik dimakan ketika perut kosong atau sebelum menjamah hidangan utama kerana waktu tersebut perut mudah dapat meresap semua nutrisi sekaligus dapan mendapat manfaat optimum daripada buah-buahan tersebut.

Tapi kalau korang nak tahu perincian yang lebih jelas, anda kena la baca perkongsiannya di bawah. So, lepas ni takde lah korang makan buah lepas makan nasi lagi ok.

ILMU Makan Buah2an. Artikel 756.

“Nak MAKAN BUAH, TERBAIK Sebelum Atau Selepas Makan? Betul tak kata orang. ‘Makan buah tanpa ilmu hanya sia-sia’. Hihihi

1. Siapa gang doc yang HANTU makan buah cam doc? Bagi le buah tempatan ke atau buah import ke. Doc hentam je. Sodaaaaap dan lazaat. Anda tau kan buah adalah makanan paling berkhasiat yang lengkap dengan vitamin, mineral, serat dan air. Makan buah, JANGAN TAK MAKAN. Tapi ada secretnya. Doc bocorkan je kat hampa, jangan report je kena tangkap sat lagi, nanya je.

2. Kalau uoll attend function atau Majlis makan di Hotel, mula-mula waiter serve makanan pembuka (appetizer) yang manis-manis seperti kek dan coklat. Lepas tu kita tibai makanan utama (main course) seperti nasi (berkarbohidrat) dan ayam/ daging ( protein). Last sekali dia serve makanan penutup atau makanan perambat balik. Hihihi(dessert) seperti puding dan buah-buahan dan pelbagai pencuci mulut.

3. Cer Anda Perhatikan, Dah jadi kebiasaan, di hotel-hotel atau majlis makan-makan, kebanyakan orang makan buah selepas memakan makanan berat. Betui tak? Kalau kita JANGAN buat cam ni. Tau pasai apa? Ni ilmu doc nak share dengan uoll. Baru le anda dapat faedah daripada buah yang doc / anda makan tu.

4. Mai ceduk ilmu makan buah bersama doc dan kita share bersama:

a. Klu doc /anda makan buah-buahan ketika perut KOSONG; didapati enzim untuk hadam buah amat tinggi dalam organ pencernaan/perut/ usus kita ketika ni. Maka gula ringkas dalam buah cepat diserap oleh usus ketika perut kosong. Ketika tu perut amat mudah memproses semua nutrisi dan tubuh doc/ anda dapat manfaat paling optimum dari buah-buahan tersebut. Lepas tu jika makanan berat masuk, makanan tu akan dicerna dengan lebih baik dan berkesan. Ikut kajian, terbaik ambil buah 20-30 minit hingga 1 jam sebelum ambil makanan berat.

b. Oleh tu terbaik, nak makan buah adalah awal pagi ketika perut kosong, iaitu sebelum sarapan, atau masa antara sarapan dan makan tengahari.

c. Kalau doc/anda ambil buah ketika makan makan berat. Buah-buah ni dan makanan masuk sekali. Ia perlukan masa yang banyak untuk dicerna, sehingga banyak nutrisi penting dari buah ni akan terbuang percuma bagitu je kerana lamanya proses pencernaan tu.

d. Sama je jika doc/anda Makan buah SELEPAS makan berat hanya menyebabkan penyerapan zat jadi lebih lambat, hingga bila kita paksa makan buah juga, perut akan rasa sebu, pedih ulu hati atau ketidakselesaan. Ada yang sakit perut atau cirit birit. Tu le sebabnya. Harap uoll dapat ilmu ni.

5. Apa lagi Orang Penang kata, bukan senang nak TUKAR MIND SET orang kita yang lepas makan atau kenduri makan BUAH. Hihihi boleh Mampuih nak tukar fikiran manusia dengan amalan yang dah turun temurun ni. Tak pa le mula le je dengan diri kita, keluarga kita baru masyarakat.

Last sekali mai doc/anda renungkan,

Rasulullah SAW jadikan buah-buahan sebagai Makanan Pembuka. Jadi, ikutlah sunnah, pasti ada kebaikannya. Love U ya Rasulllah.

U oll Pekena buah apa rini? Doc orang bagi JAMBU BATU dan Buah Salak. Hihihi ada gang doc balik dari MEDAN kasi.

Ada soalan; doc jawap bila doc lapang.

Dr. Abdul Rahim.

Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas.
Penang.

Sumber : Dr. Abdul Rahim

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di