Siakap Keli

Rezeki Daripada Allah, Saya Tak Gentar Orang Nak Boikot Produk Saya – Safiey Ilias

Safiey Ilyas yang menimbulkan kekecohan baru-baru ini kerana menyelitkan acara yang tidak bermoral untuk meraikan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz dalam majlis rumah terbukanya hingga ditegur PU Amin, tampil membidas teguran tersebut.

Melalui Instagramnya, Safiey berkata, tindakannya mengupah lelaki berperwatakan wanita membuat persembahan di majlisnya itu lebih baik daripada membiarkan mereka melacur.

Jelas beliau lagi, biarlah hanya dia yang mengetahui niatnya yang sebenar.

“Ok lah bagi upah untuk pondan-pondan buat show. Daripada mereka melacur. Biarlah, niat kita, kita je tahu. Wasalam,” tulis Safiey ringkas.

https://www.instagram.com/p/BlQdA8anK42/?utm_source=ig_embed

Berikut merupakan rakaman video yang mencetuskan kemarahan netizen hingga membawa kepada teguran tegas PU Amin.

https://www.instagram.com/p/BlPukWjBhEz/?utm_source=ig_embed

Safiey juga tampil memuatnaik penjelasan terbarunya berhubung kenyataannya itu semalam.

”Saya sebak bila tengok anak yatim dan tahfiz ni. Kecil-kecil semuanya. Ini cara saya cari hidayah! Korang boleh cakap apa sahaja tapi saya jalanan amanah setiap pembeli Aurora SX saya sumbangkan pada DSI EMPIRE CHARITY PROGRAMME.

”Saya tidak propa !!!!! Saya tak gentar orang nak boikot produk saya sebab bagi saya itu tindakan kurang bijak. Nak boikot, boikot saya bukan produk saya. Rezeki daripada Allah so buat apa nak takut? Semua dah ditetapkan sejak kandungan 4 bulan dalam perut ibu kita.

”Ada nampak show pondan menari masa bagi sumbangan dekat 200 anak yatim ?? Biarlah korang nak cakap apa saya tetap tidak mengalah membantu mereka yang memerlukan !

”Saya sedar saya tidak baik jadi saya buat apa yang saya selalu buat dulu untuk mencari kembali hidayah yang hilang. Semoga Allah terima amalan saya.

Orang boleh cakap apa sahaja janji kita tahu apa kita buat dan niat kita !!! Saya tidak baik , TAPI ITU BUKAN SEBAB SAYA TIDAK MELAKUKAN KEBAIKAN LAIN. Doakan saya. Amin. Saya INSAN JAHIL,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/BlRu-9rnp-y/?taken-by=safieyillias94

Terdahulu, Safiey Ilias menjemput PU Amin menghadiri rumah terbukanya tetapi dia tidak hadir ke acara tersebut. Mendapat sindirin kerana tidak hadir, Pu Amin tampil menjawab kenyataan tersebut.

Menurut PU Amin, majlis tersebut mempergunakan anak yatim dan pelajar tahfiz hanya untuk menutup kesalahan yang dilakukannya.

”Jangan lacurkan anak yatim dan anak tahfiz. Jangan gunakan mereka sebagai bahan istinjak untuk membuang najis yang kau buat,” tulis PU Amin.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.