Siakap Keli

Sejuk Perut Ibu Ini Melahirkan, Semua Anaknya Bijak Belajar, Rupanya Didik Guna Cara Ini

Ibu-bapa mana yang tidak mahu melihat anak mereka berjaya. Bukan sahaja dari segi agama malah cemerlang dalam pembelajaran. Disebabkan itu pentingnya didikan dan asuhan sejak dari kecil kerana ibu-bapa lah yang mencorakkan masa depan anak-anak.

Sudah pasti setiap ibu-bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik, namun tips daripada Cikgu Ummu Al Fateh yang diambil daripada ibu pelajarnya ini mungkin boleh dijadikan panduan.

Manakan tidak, keempat-empat anaknya itu berjaya dalam pelajaran dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan mempunyai akhlak yang baik kerana sangat menghormati guru.

Mana tahu ibu-bapa di luar sana boleh mempraktikkan kaedah seperti ini terhadap anak-anak. Ikuti perkongsian seperti di bawah. Semoga bermanfaat.

Sis beruntung hari ni sebab dapat interview ibu kepada pelajar ini.

Pelajar lelaki melayu. Di saat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen, alhamdulillah ada seorang yang bersinar.

So sis nak kongsi dengan rakan-rakan la kan apa tips maknya ye memandangkan semua anak-anaknya empat orang berjaya (ini yang bongsu):

1) Anak-anak tak dibenarkan belajar dalam bilik masing-masing.. semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu. Reason: duduk dalam bilik kita tak nampak dia buat apa.. betul ke belajar.

2) Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing-maing duduk di meja makan.

Gambar Hiasan

3) Pukul 10 masuk tidur.

4) Tak benarkan anak-anak keluar rumah lepak dengan kawan. Hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan untuk melepak.

5) Keluar mesti dengan ibu bapa. Alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sndiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik untuk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yang betul.

6) Ayahnya serius tapi baik. Ayah tak pernah pukul/cubit anak, yang dibenarkan mak sahaja. (ayah dia tunggu dalam kereta tak dapat naik sebab parking penuh, rugi tak dapat interview sekali)

7) Kena mula dari darjah 1,pukul 8 malam terus duduk di meja. So dah terbiasa. Bila sekolah menengah dah tak perlu suruh, anak automatik pegang buku jam 8 malam.

Gambar Hiasan

8) Tak pernah pergi tuisyen. Jika tak faham kena tanya kawan yang lebih pandai di sekolah.

Sis tanya lagi, anak puan ada diberikan handphone? internet? maknya jawab, ya bagi cikgu.. petang-petang dia main game. Kena bagi jugak tak boleh sekat saya faham dia remaja. Kita tak nak dia memberontak.

Asal dia tak melepak sudah. Kawan-kawan dia datang rumah kami main game tapi anak saya takkan keluar dari rumah. Saya kenal semua kawan-kawannya.

Ayat last sekali maknya memang power :

“Cikgu, apa-apa pun asasnya dari rumah, dari ibu bapa. Saya tak boleh nak harapkan cikgu saja, cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu”

Sis angguk-angguk… oooo.. betul-betul…thank you puan sudi datang dan share dengan saya. Kirim salam ayahnya.. humble ibunya, no wonder anaknya sangat menghormati guru.

Sumber : Ummu Al Fateh

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.