Siakap Keli

Semua Keluar Dewan, Hanya Tinggal KJ Dan Anifah Wakil Pembangkang

Kecoh hari ini apabila semua ahli Parlimen pembangkang yang terdiri daripada parti Barisan Nasional dan PAS keluar dewan sebagai tanda protes mereka  ke atas pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu.

Namun nampaknya yang setia tidak berganjak dari kerusi hanyalah dua ahli Parlimen BN iaitu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.

Turut kekal di kerusi ialah bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang kini bergerak sebagai Ahli Parlimen Bebas sejak mengumumkan meninggalkan parti tersebut berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengulas mengenai kejadian tersebut di twitter berkata, walau didesak untuk keluar dewan oleh kepimpinan, mereka masih kekal di kerusi kerana mengetahui tentang belia dari UMNO sendiri.

Kekecohan tercetus apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa anggota Barisan Nasional serta PAS menolak proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Mereka lantas bertindak keluar dari Dewan Rakyat pagi ini sebagai menunjukkan tanda bantahan dan protes dengan keputusan tersebut.

Ahmad Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk, berkata tindakan yang dilakukan oleh kerajaan  Pakatan Harapan dengan terus mencadangkan nama bekas hakim Mahkamah Rayuan itu sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah tidak  mengikut prosedur ditetapkan.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.