Siakap Keli

Senangnya Tidurkan Anak, Doktor Ini Kongsi Tips Berkesan Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Selepas kehadiran mereka, pastinya setiap ibu-bapa akan melalui proses perkembangan anak-anak dari bayi hingga dewasa. Paling mencabar, sewaktu anak masih kecil.

Salah-satunya suka meragam dan sukar tidur. Puas dipujuk sudahnya hingga ke pagi baru terlena. Tipulah kalau mak ayah yang berada dalam situasi ini tidak merasa tertekan. Betul tak?

Sebenarnya ada cara mudah supaya anak kecil anda tidak buat perangai dan mudah ditidurkan pada waktunya. Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk ibu-bapa di luar sana.

Ramai yang tidak tahu, anak meragam disebabkan ibu-bapanya sendiri. Bagaimana itu terjadi? Jom kita ikuti perkongsian seperti di bawah ini.

Eh 5 Minit Je Dodoikan Anak??

Semalam isteri datang ke saya dalam keadaan menangis nangis.

” Dah 3 jam dodoi taknak tidur-tidur! ” getus isteri saya dengan wajah penuh kepenatan. Saya tengok jam. Eh dah pukul 1.30 pagi!

Solahuddin di bilik pula masih menangis tak berhenti. Dengan penuh tenang saya ke tempat anak saya. Saya tak marah tak berkerut dahi pun kat anak saya tu.

Saya ambil bernafas dalam- dalam sambil saya selawat dengan menggunakan suara yang paling perlahan dan dalam. Selawat punya selawat Eh terus tertido!!! Baru je 5 minit dodoikan dah tidur! Isteri saya dodoi 3 jam taknak tidur pulak.

Gambar Hiasan

Saya pergi kat isteri saya yang di luar bilik. Saya cakap ” Sayang. Tengok 5 minit je abang dodoi anak kita. Nak tahu kenapa? Anak kita tengok ini “, sambil saya tunjuk ke bahagian dada. Isteri saya terpana. Ye, anak ni boleh rasakan gelombang hati kita.

Itulah kenapa kalau anak kita meragam, jangan kita pula yang meragam dalam hati. Hati tu nak kena tenang. Pernafasan tu nak kena dalam. Jangan bernafas pendek-pendek dan laju. Tu pernafasan orang yang cemas dan tertekan!

Kawal emosi kita, insyaAllah emosi anak kita pun akan ikut terkawal sekali. Cuba la kat anak masing-masing dan rasakan keajaibannya sendiri. Jangan pelik kalau anak kita jadi mudah ditenangkan, kurang melawan dan mudah terima arahan.

Eh tapi kan kalau suami yang tertidur dulu masa dodoi anak tu ada 2 sebab tau :

1. Suami terlampau tenang
2. Suami terdodoi diri sendiri

p/s : Banyak lagi nanti saya kongsi dalam Formula Mudahnya Kawal Emosi Ibu dan Anak ye. Berbulan saya tulis tapi tak siap-siap lagi

p/s : Apa pun saya banyak je kongsi ilmu parenting mahal macam ni kat Telegram saya. Klik je link ni untuk join ? t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Doktor Taufiq Razif

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di