Siakap Keli

Tak Tahan Tekanan Dari Jiran, Gadis Hilangkan Diri Sebelum Bunuh Diri Di Balai Polis

Seorang gadis berusia lingkungan antara 16 dan 18 tahun didakwa menggantung diri di dalam balai polis Tilak Vihar di Titlak Nagar, India.

Ibu gadis berkenaan mendakwa anak mereka mengalami tekanan selepas salah seorang jiran mereka menekankan mangsa supaya berkahwin dengan anak mereka.

Terdahulu, keluarga mangsa enggan mengahwinkan anak mereka dengan lelaki berkenaan berikutan umurnya yang masih muda.

Pada malam sabtu, gadis tersebut dipercayai tidak pulang ke rumah sebelum keluarganya pergi ke rumah lelaki berkenaan kerana mendakwa anak mereka telah diculik olehnya.

Tetapi, keluarga gadis tersebut gagal untuk mendapatkan kesahihan berikutan dihalau oleh keluarga lelaki berkenaan.

Namun, kira-kira pukul 2.30 pagi, keluarga mangsa menerima panggilan dari balai polis Tilak Vihar sebelum abang-abang mangsa bergegas ke sana tetapi tidak dapat menemui adik mereka berikutan dia berada di dalam sebuah bilik yang lain yang berkunci dari dalam.

Bagaimanapun, selepas membuka tingkap yang menjadi pemisah antara ruangan bilik berkenaan, abang-abang mangsa menemukan adik mereka dalam keadaan tergantung pada kipas.

Abang-abang mangsa dipercayai mendakwa insiden bunuh diri yang dilakukan adik mereka dapat dielakkan sekiranya polis membenarkan mereka menemuinya lebih awal.

Sumber- India Today

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar