Siakap Keli

Takkan Nak Harapkan Ibu Mertua Semua, Ini 5 Perkara Suami Kena Tahu Selepas Isteri Bersalin

Setiap pasangan kekasih yang mendirikan rumah tangga sudah tentu mahukan zuriat sebagai penyeri hidup. Bila sahaja disahkan isteri anda hamil, baik suami mahupun isterinya, semuanya menghitung hari tidak sabar menanti saat lahirnya penyambung keturunan mereka ke dunia.

Masing-masing sibuk membuat persiapan dan menyediakan pelbagai kelengkapan buat untuk si bayi, tambah-tambah kalau itu anak pertama mereka. Sebut sahaja kelengkapan bayi yang ada dijual di pasaran, kalau boleh semuanya mahu dibeli. Tak kisahlah pakai sangat ke tak, asalkan ada dan memberi keselesaan kepada anak masing-masing.

Tapikan, ramai tak suami yang membuat persediaan untuk menjaga isteri sendiri lepas bersalin. Yeala, apa yang jadi kebiasaannya isteri yang baru bersalin akan dihantar pulang ke rumah ibu mertua di kampung isteri, tapi takkanlah si suami nak lepas tangan semuanya kan. Kena la tahu juga dua tiga perkara mengenai isteri anda sebaik sahaja mereka selamat melahirkan bayi anda.

Menurut Dr. Taufiq Razif, sekurang-kurangnya ada lima perkara yang anda sebagai suami perlu tahu tentang isteri anda selepas bersalin.

Nak tahu apa dia lima perkara tersebut? Jom baca perkongsiannya di bawah.

5 benda suami nak kena tahu tentang isteri yang lepas bersalin ( post partum )

1 – Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.

2 – Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.

3 – Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.

4 – Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).

Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :

1. Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa

2. Batuk darah

3. Suhu badan naik

4. Sesak nafas

Bahaya ke pulmonary embolism ni?

Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!

5 – Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.

Masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka kesan koyakan Episiotomy je tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.

p/s : Tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye

Klik link ni kalau nak belajar lebih mendalam tentang ilmu mendidik anak kita ?t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Dr. Taufiq Razif

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di