Siakap Keli

(Video) “Jemput Ratusan Anak Yatim Dan Tahfiz, Tapi Ada Tarian ‘Gesel-Gesel'” – Selar PU Amin

Ketika ini, rakyat Malaysia sememangnya sedang hangat dengan isu-isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Buka sahaja di beberapa platform media sosial terutamanya Twitter, tak susah sebenarnya nak mencari tweet-tweet yang mencetuskan perbahasan ataupun perbalahan antara golongan yang memperjuangkan hak LGBT dengan golongan-golongan yang masih waras dan tahu halal haram dalam agama.

Terbaru, tular pula isu sindiran yang dibuat oleh seorang lelaki yang juga bergelar usahawan kosmetik berjaya, Safiey Illiyas terhadap seorang penceramah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin. Isunya bermula apabila, Safiey yang juga seorang lelaki transgender memuat naik satu status di akaun Instagramnya yang dipercayai ditujukan kepada PU Amin.

Syukur, hidup adalah untuk terus memberi dan memberi. Bukan makan seorang-seorang, kaya seorang ya. Pencetus ummah tu tak datang pun. Penat tunggu, kata pendakwah. Kalau ikhlas kerana Allah dan Rasul mesti datang kan. Penat kita tunggu,

demikian status yang dimuat naik tersebut.

PU Amin akhirnya tampil membuat penjelasan berhubung ketidakhadirannya ke majlis yang dianjurkan oleh Safiey untuk meraikan anak yatim tersebut.

Menurut PU Amin, majlis tersebut yang dihadiri beratus-ratus anak yatim dan pelajar tahfiz atas jemputan, turut diserikan dengan acara hiburan yang disifatkan sebagai lucah dan tidak bermoral. Jom kita baca perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut penjelasannya.

Open House Safiey Ilyas . Jemput beratus anak yatim. Jemput pelajar tahfiz. Tapi ada acara laga t*t*k kat kepala tetamu. Ya Rabb !! Selamatkan Kami Ya Allah!!

Jangan lacurkan anak yatim dan anak tahfiz . Jangan gunakan mereka sebagai bahan istinjak untuk membuang najis yang kau buat. Mereka bukan bahan istinjak. Memang lah bila dijemput mereka akan datang , tapi apa kejadah nya ada benda benda ni ?

Sebab itu dengan posting ini dapat menjawab ‘ Kenapa PU Amin tak datang ke Open House Safiey Iliyas ?

Biar korang benci aku, ini cara aku menyampaikan kebenaran. Kang aku buat video korang kata aku macam budak dadah punya bahasa, so aku tulis je ni. Kata Quran : Batil akan hancur dengan kebenaran!

Petang jemput anak yatim anak tahfiz, malam pulak maksiat bermula! Gila!

Ada satu lagi, Sekarang jadi trend gila gila. Buat bisnes tak fikir halal haram. Cara promosi tak fikir halal haram. Last last buat doa selamat, kenduri kendara panggil anak yatim, panggil budak tahfiz. Fuhh mudah nya kau nak tipu malaikat?? Check Mate Bro! #Boikot #Boikot #Boikot#Transgender #Boikot2Jantina #BoikotHaram #JulangHalal

Sumber : PU Amin

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.